Ratusan cawangan McDonald’s di tiga negara ditutup kerana tanggung kerugian

Ratusan cawangan McDonald’s di tiga negara ditutup kerana tanggung kerugian

 

Ratusan cawangan restoran makanan segera McDonald’s di Jepun, China dan Amerika Syarikat berdepan kemungkinan terpaksa ditutup.

Ini berikutan kejatuhan dari segi keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat berkenaan di tiga negara tersebut.

CEO McDonald’s, Steve Easterbrook, yang baru dilantik memegang jawatan itu bulan lepas, memberitahu maklumat dan strategi penambahbaikan yang lebih terperinci bakal dikongsikan dengan umum 4 Mei ini.

Ratusan cawangan McDonald's di tiga negara ditutup kerana tanggung kerugian

Ratusan cawangan McDonald’s di tiga negara ditutup kerana tanggung kerugian

Laporan portal berita antarabangsa fortune.com menyebut 350 buah restoran telah ditutup di ketiga-tiga negara itu, dan menjadikan jumlah keseluruhan 700 buah cawangan ditutup tahun ini.

Rabu lepas, McDonald’s mengumumkan penurunan pendapatan sebanyak 11 peratus, manakala keuntungan syarikat pula mencatatkan penurunan sebanyak 30 peratus untuk tempoh tiga bulan pertama.

Tahun ini, McDonald’s Amerika telah melaksanakan beberapa perubahan termasuk resipi ayam panggang yang dipermudahkan dan mengawal penggunaan antibiotik ke atas ayam.

Dalam masa yang sama, gaji pekerja juga terpaksa dinaikkan atas permintaan berterusan kesatuan pekerja, selain menambah faedah-faedah lain untuk pekerja seperti percutian.

Sumber : Awani
Loading...

Leave a Reply