7 wanita dari Terengganu seronok minum arak sambut hari lahir

7 wanita dari Terengganu seronok minum arak sambut hari lahir

RAKAMAN menunjukkan wanita minum arak sambut hari lahir kawan.

RAKAMAN menunjukkan wanita minum arak sambut hari lahir kawan.

Kuala Lumpur: Rakaman video menunjukkan tujuh wanita yang dipercayai berasal dari Terengganu meraikan sambutan hari lahir seorang daripada mereka sambil meminum arak tersebar luas di laman sosial hingga mendapat pelbagai komen negatif daripada orang ramai.

Dalam rakaman berdurasi 2:43 saat itu memaparkan kumpulan wanita berkenaan dilihat begitu seronok meminum minuman keras sambil bercakap dalam loghat Terengganu.

Kumpulan wanita yang dianggarkan berusia 20-an itu dikatakan dirakam di sebuah rumah sewa yang dipercayai berlaku pada tahun 2005.

Dalam video itu, semua wanita berkenaan meneguk arak tanpa sebarang rasa malu dan segan sambil perbuatan mereka itu dirakam seorang daripada mereka.

Video itu juga sempat merakamkan jenama arak yang diteguk gadis berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply