Kerana Kecuaian Juragan, Lelaki Ini Putus Kaki Akibat Tersepit Tali Besi Kapal Dengan Kayu Penghadang Jeti

Kerana Kecuaian Juragan, Lelaki Ini Putus Kaki Akibat Tersepit Tali Besi Kapal Dengan Kayu Penghadang Jeti

 

Kecuaian seorang juragan menyebabkan seorang lelaki putus kaki kiri akibat tersepit di antara tali besi kapal dan kayu penghadang jeti di Nanga Mujong, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Fredrick Langkan Lawrence, 21, bersama seorang rakan sekerja mengarahkan juragan supaya tidak menggerakkan kapal dari kawasan jeti, namun tidak dipedulikan sehingga menyebabkan kejadian berlaku.

Kerana Kecuaian Juragan, Lelaki Ini Putus Kaki Akibat Tersepit Tali Besi Kapal Dengan Kayu Penghadang Jeti

Kerana Kecuaian Juragan, Lelaki Ini Putus Kaki Akibat Tersepit Tali Besi Kapal Dengan Kayu Penghadang Jeti

Sumber berkata, Fredrick cuba mengalihkan tambatan tali besi ketika juragan mengalihkan kapal berkenaan, malangnya kaki mangsa tersepit sehingga terputus selepas juragan terbabit enggan memberhentikan kapal dari terus bergerak.

Menurutnya, dua anak kapal yang menyaksikan kejadian segera menghulurkan bantuan, namun usaha mereka tidak membuahkan hasil.

“Sebelum itu, mangsa bersama anak kapal menjerit dan memberi isyarat tangan supaya juragan tidak menggerakkan kapal,tetapi tidak diendahkan.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply