Kanak-kanak Kunyah Rambut Kerana Rindukan Ibu Bapa

Kanak-kanak Kunyah Rambut Kerana Rindukan Ibu Bapa

Misteri seorang kanak-kanak susut badan dan muntah setiap kali makan akhirnya terjawab selepas doktor berjaya mengeluarkan dua kilo gumpalan rambut dari perutnya.

Kanak-kanak tersebut, Liuniu Liang, 8, dibawa ke hospital selepas bapanya menyedari anaknya semakin kurus.

Kanak-kanak Kunyah Rambut Kerana Rindukan Ibu Bapa

Kanak-kanak Kunyah Rambut Kerana Rindukan Ibu Bapa

Kerana selalu kunyah rambut nya sendiri menyebabkan perut Liuniu dipenuhi rambut membuatkan sistem penghadamannya tersekat punca dia tidak boleh makan.

“Kami sering melarangnya mengunyah rambut tetapi tidak menyangka gumpalan rambut akan terkumpul di dalam perutnya. Patutlah dia tidak boleh makan apa-apa.” kata bapanya.

Kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan neneknya di Zhoukou sementara ibu bapanya bekerja di luar kawasan berkenaan hampir sepanjang tahun.

Apabila pulang pada Tahun Baru Cina lalu, Liang mula berasa bimbang apabila mendapati anaknya terlalu kurus.

“Hanya selepas dirujuk ke hospital doktor menemukan benda asing dalam perutnya yang kemudian dikenal pasti rambut selepas ia dikeluarkan,” katanya.

Menurut doktor, Liuniu mungkin mengunyah rambut kerana tertekan tidak dapat berada di samping ibu bapanya.

Sumber : SK

Loading...

Leave a Reply