Cougar, Puma & Leo – Nama Timangan Anak Khairy Jamaluddin

Cougar, Puma & Leo – Nama Timangan Anak Khairy Jamaluddin

 

Setiap orang mempunyai nama timangan mereka sendiri kan? 

Sebut pasal nama timangan, teringat dalam dua minggu lalu, Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) ada memuatnaik foto dan status di laman Instagram miliknya untuk memberitahu kelahiran anak ketiganya yang dinamakan Raif `Leo` Averroes Jamaluddin Abu Bakar.

Jangkaan awal ialah Leo itu salah satu dari nama cucu kepada mantan Perdana Menteri itu, tetapi hari ini jangkaan Murai Batu silap.

Cougar, Puma & Leo – Nama Timangan Anak Khairy Jamaluddin

Cougar, Puma & Leo – Nama Timangan Anak Khairy Jamaluddin

Cougar, Puma & Leo – Nama Timangan Anak Khairy Jamaluddin

Setelah dibelek balik laman Instagram KJ, rupanya Leo itu adalah nama timangan kepada anak ketiganya.

Menariknya di sini, ketiga-tiga anak lelaki kepada Ahli Parlimen Rembau itu telah diberi nama timangan oleh ayah mereka sempena nama-nama dari spesis kucing `besar & garang`.

Jika pemahaman Murai Batu betul, anak sulung KJ iaitu Jibreil Ali, 8, diberi nama timangan `Cougar`. Adiknya pula iaitu Timor Abdullah, 7, digelar `Puma` manakala adik bongsu mereka yang baru lahir Raif Averroes digelar `Leo`.

Wah, unik dan signifikannya nama-nama timangan yang KJ berikan pada anaknya. Tentu ada sebab Khairy Jamaluddin beri nama tersebut pada anak-anaknya, dan salah satu sebab yang kita boleh baca menerusi Instagram ini ialah harapan dan impian KJ itu melihat anak-anaknya berjaya satu hari nanti.

Nama timangan ini sememangnya tidak asing lagi bagi kita umat Islam, yelah zaman Nabi dulu pun Saidina Hamzah pernah digelar `Singa Allah` manakala Khalid Al-Walid mendapat jolokan `Pedang Allah`.

Jadi Murai Batu rasa tak salah kalau kita memberi nama timangan kepada seseorang selagi ianya membawa maksud dan harapan yang baik.

Sumber : Murai

Loading...

Leave a Reply