7-Eleven mohon maaf kesilapan GST pada topup

7-Eleven mohon maaf kesilapan GST pada topup

 

Rangkaian kedai runcit 24 jam, 7-Eleven memohon maaf kerana kesilapan mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap penjualan akhbar di kedai tersebut bermula pagi tadi.

Menulis di Facebook hari ini, 7-Eleven menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan dan pihaknya tidak berniat untuk berbuat demikian.

“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan.

7-Eleven mohon maaf kesilapan GST pada topup

7-Eleven mohon maaf kesilapan GST pada topup

“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” katanya.

7-Eleven berkata, kesilapan tersebut telah diperbaiki dan pihaknya menegaskan 7-Eleven sentiasa menyokong pelaksanaan GST.

“Bagi sesiapa yang telah memberi kesan pada hari ini, kami hargai jika anda boleh menghubungi  dengan menggunakan facebook atau e-mel rasmi 7-Eleven Malaysia dengan maklumat anda (e-mel dan nombor telefon bimbit) untuk kami membetulkan kesilapan ini.

“Sekali lagi kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan kami berikutan kesilapan teknikal dalam sistem kami ini,” kata 7-Eleven.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply