Setelah Ke Syria, Yatt Hamzah Menyesal Failkan Cerai Terhadap Suami

Setelah Ke Syria, Yatt Hamzah Menyesal Failkan Cerai Terhadap Suami

 

Nampaknya kepulangan Pelakon Yatt Hamzah dari misi kemanusiaan di Syria pada akhir Februari lalu membawa satu perubahan positif bagi dirinya apabila mengakui menyesal dengan tindakannya memfailkan kes perceraian.

Yatt menyifatkan tindakannya itu adalah tidak wajar kerana masalah rumah tangga yang dihadapi masih boleh diselamatkan malah dia juga memberitahu bahawa masalah yang dihadapinya tidak seteruk mana pun jika dibandingkan dengan perkara lain.

Setelah Ke Syria, Yatt Hamzah Menyesal Failkan Cerai Terhadap Suami

Setelah Ke Syria, Yatt Hamzah Menyesal Failkan Cerai Terhadap Suami

“Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria”

“Tindakan itu membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah rumah tangga saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah. Balu-balu wanita disana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti,” mStar Online.

Jelasnya, dia kini melihat suaminya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarganya sepanjang hayat.

“Saya sedar hanya dia sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya. Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri,” kata Yatt Hamzah.

Sumber : Rotikaya

Loading...

Leave a Reply