Mydin tak mahu bebani pelanggan dengan GST, tanggung kos GST R15 juta

Mydin tak mahu bebani pelanggan dengan GST, tanggung kos GST R15 juta

 

PASARAYA Mydin hari ini menjelaskan keputusan untuk menyerap GST kerana mahu meringankan beban pelanggannya ekoran peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pelanggan tidak perlu risau kerana mereka masih boleh mendapatkan pelbagai barang pada kadar harga sama walaupun sistem percukaian itu mula dilaksanakan esok.

Mydin tak mahu bebani pelanggan dengan GST, tanggung kos GST R15 juta

Mydin tak mahu bebani pelanggan dengan GST, tanggung kos GST R15 juta

“Buat masa ini, kami akan menanggung GST kerana kami mahukan yang terbaik untuk semua pelanggan rangkaian Mydin, MyMydin dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

“Jadi pelanggan tidak perlu panik dan boleh terus berkunjung ke Mydin untuk mendapatkan barangan keperluan mereka,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, kebelakangan ini ramai kalangan pelanggan rangkaian pasar raya itu menyuarakan kebimbangan mereka terhadap pelaksanaan GST.

Ameer berkata, ada yang membuat pembelian secara panik kerana menyangka semua barangan di Mydin akan dinaikkan harga bermula esok.

“Saya ingin meyakinkan pelanggan, harga barangan kami akan seperti biasa, tidak perlu panik dan berbelanjalah seperti biasa,” katanya.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa lebih ramai peniaga mencontohi Pasaraya Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus GST.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah Mydin itu disambut baik kementerian kerana dapat membantu menjayakan inisiatif yang diambil kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Pasaraya Mydin Jalan Masjid India mendapati urusan jual beli adalah seperti biasa dan tiada pembelian panik berlaku. – Bernama

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply