Fareeda ikut langkah Mydin tanggung GST

Fareeda ikut langkah Mydin tanggung GST

 

Selepas pasar raya Mydin menyerap kos Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) agar pelanggannya tidak terbeban dengan pengenalan sistem cukai itu, beberapa syarikat lain turut mengikut langkah yang sama.

Antaranya syarikat tudung terkenal Fareeda.

Ketua akauntan dan pemasaran butik Fareeda Bandar Bangi, Syed Mohd Nor Syed Bahrain berkata, harga tudung Fareeda kekal seperti sebelum pelaksanaan GST.

Fareeda ikut langkah Mydin tanggung GST

Fareeda ikut langkah Mydin tanggung GST

“GST akan ditanggung oleh syarikat Fareeda. Maknanya tiada kenaikan harga tudung,” katanya kepada Sinar Online.

Terdahulu beberapa syarikat lain turut mengumumkan syarikat mereka untuk  turut menyerap kos GST antaranya pengendali rangkaian restoran Domino’s Pizza,  Oppo Malaysia, produk Bosch Malaysia’s, namun bagi sesetengah produk, syarikat itu bersedia menyerap kos GST tetapi untuk selebihnya pelanggan perlu membayar cukai enam peratus.

Bermula hari ini, Malaysia telah menyertai 169 negara di dunia yang telah melaksanakan sistem percukaian tersebut.

Dengan perkembangan itu, Malaysia menjadi negara kelapan dalam kalangan 10 negara Asean yang melaksanakan GST.

GST berkadar enam peratus menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus yang diguna pakai selama ini, merupakan kadar terendah dalam kalangan negara Asean.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply