Semua jenis buku kecuali buku nota kosong tidak dikenakan GST

Semua jenis buku kecuali buku nota kosong tidak dikenakan GST

Buku tidak dikenakan GST - Gambar Hiasan

Buku tidak dikenakan GST – Gambar Hiasan Credit gambar: encikbaca.wordpress.com

Semua jenis buku kecuali buku nota kosong tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai Rabu ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata, keputusan itu diambil hasil perbincangan dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan orang ramai.

“Semua buku seperti novel, buku sejarah, buku agama, buku memasak dan sebagainya dikenakan kadar sifar GST. Cuma buku catatan atau buku yang tidak mempunyai sebarang tulisan akan dikenakan GST kerana dianggap sebagai alat tulis,” katanya selepas melancarkan perlumbaan Power Boat F3000 di Danga Bay, di sini, sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor.

Beliau berkata, GST juga tidak dikenakan ke atas akhbar digital, manakala buku digital dan semua jenis majalah, dikenakan cukai berkenaan.

Chua berkata, berdasarkan keputusan itu, industri penerbitan yang kini menghadapi pelbagai jenis cabaran akan terus stabil dan berkembang maju.

“Sekarang, industri ini menghadapi masalah ekoran kurangnya minat membaca dalam kalangan rakyat selain cabaran buku digital,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply