Aduhai kicap lemak manis, mi segera pun naik harga

Aduhai kicap lemak manis, mi segera pun naik harga

 

BELEK punya belek resit, hati mula panas… ish kenapa mahal sangat ni? Bila tengok, barang yang dibeli tak sampai separuh troli pun! Tapi itu bukan fenomena baharu.

Harga barangan keperluan di pasaran, jika tidak pandai pilih memang ‘menjerut’ leher pengguna…

Bermula esok, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ramai yang kata hampir kesemua barangan keperluan asas akan naik harga.

Aduhai kicap lemak manis, mi segera pun naik harga

Aduhai kicap lemak manis, mi segera pun naik harga

Jom teliti buku ‘Panduan Harga Pengguna’ yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum beli.

Jangan tidak tahu, jika anda teliti buku ini, barangan yang anda fikir mungkin dinaikkan harga tetapi bila semak, rupa-rupanya jangkaan itu meleset.

Sama juga halnya dengan barangan yang anda fikirkan, ia tidak mungkin dikenakan GST tetapi barang itulah rupanya yang dikenakan cukai. Jadi hati-hati dan semak dahulu sebelum beli. Jadilah pengguna yang bijak.

Di sini kami senaraikan antara barangan yang turun, naik dan tiada penurunan harga untuk panduan kita bersama kita membeli barangan keperluan.

TURUN HARGA

– BERAS SUPER (TEMPATAN) (ST15%) 10KG RM19.65 – RM19.61
– BERAS CAP RAMBUTAN (SST15%) 10KG RM25.90 – RM25.85
– BAWANG BESAR KUNING (HOLLAND) 1KG RM3.30 – RM3.29
– ROTI SANDWIC GARDENIA 400G RM2.40 – RM2.39
– ROTI SANDWIC HIGH 5 400G RM2.40 – RM2.39
– NESCAFE CLASSIC 200G RM17.00 – RM16.38
– YOGURT NESTLE (TANPA LEMAK) 135G RM1.90 – RM1.88
– AYAM BERSIH – STANDARD 1KG RM7.10 – RM7.08
– AYAM BERSIH – SUPER 1KG RM8.50 – RM8.47
– MINYAK ANGIN CAP KAPAK 10ML RM4.95 – RM4.94

NAIK HARGA

– MI SEGERA MAGGI 2 MINIT PERISA KARI 5x79G RM4.50 – RM4.59
– SARDIN CAP KING CUP 9SOS TOMATO) 155G RM3.10 – RM3.28
KICAP LEMAK MANIS CAP KIPAS UDANG 345ML RM5.40 – RM5.71
– BISKUT CREAM CRACKER CAP HUP SENG 428G RM3.95 – RM4.03
– SOS CILI MAGGI 500G RM3.85 – RM3.93
– TEPUNG JAGUNG (BERBUNGKUS) 400G RM1.80 – RM1.90
– MILO (PAKET) 400G RM8.20 – RM8.66
– SUSU ISIAN PEKAT MANIS CAP TEAPOT RM3.40 – RM3.60
– BURGER AYAM RAMLY ORIGINAL 6 KEPING RM5.50 – RM5.61
– AIR MINERAL SPRITZER 600ML  RM1.50 – RM1.58

TIADA PERUBAHAN HARGA

– TELUR AYAM GRED A 10 BIJI RM4.40
– TELUR AYAM GRED B 10 BIJI RM4.15
– TELUR AYAM GRED C 10 BIJI RM4.10
– MI KUNING BASAH 500G RM1.20
– REMPAH SUP BUNJUT ADABI 8G RM1.10
– CILI KERING KERINTING – BERTANGKAI RM1.30
– GARAM HALUS BIASA 350G RM0.80
– ASAM JAWA (BERBIJI) 200 G RM1.30
– KEPAK AYAM 100G RM1.30
– DADA AYAM 100G RM1.20

Sumber maklumat: Buku Panduan Harga Pengguna (Zon Tengah)

Buku ini menyenaraikan 500 barangan keperluan asas terpilih yang membandingkan harga sebelum dan selepas GST dilaksanakan bermula esok.  

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply