Berpisah dari Malaysia detik paling seksa

Berpisah dari Malaysia detik paling seksa

 

Pemisahan daripada Malaysia adalah ‘detik paling menyeksakan’ bagi Lee Kuan Yew, tetapi ia terbukti menjadi titik perubahan ke arah hala tuju Singapura yang membawa tuah, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
 
Kuan Yew, Perdana Menteri pengasas Singapura yang memperjuangkan kemerdekaan bagi Singapura melalui “Penggabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu” untuk  membentuk Persekutuan Malaysia yang baharu. 
Berpisah dari Malaysia detik paling seksa

Berpisah dari Malaysia detik paling seksa

 
“Beliau berusaha bertungkus lumus untuk merealisasikannya, dan berjaya.
 
“Malangnya tidak lama kemudian penggabungan itu gagal, dan kami dikeluarkan daripada Malaysia,” kata Hsien Loong dalam kata-kata penghargaan semasa upacara pengebumian negara untuk mendiang bapanya.
 
Daripada abu pemisahan itu, Hsien Loong berkata, Kuan Yew telah membangunkan sebuah negara.
 
Beliau berkata, perkara paling mudah untuk dilakukan adalah merayu kepada pengundi kaum Cina sahaja. Sebaliknya, Kuan Yew  menaruh impian untuk mewujudkan sebuah negara yang berbilang kaum, pelbagai agama.
 
Singapura tidak berdasarkan pada bangsa, bahasa atau agama, tetapi berteraskan nilai-nilai asas – pelbagai kaum, kesaksamaan, meritokrasi, integriti, dan keluhuran undang-undang.
 
Kuan Yew mengisytiharkan: “Ini bukan sebuah negara milik mana-mana komuniti tunggal; Ia adalah milik kita semua.”
 
Hsien Loong berkata, Kuan Yew berkeras untuk mengekalkan bahasa-bahasa ibunda walaupun bahasa Inggeris menjadi keutamaan.
 
Lebih-lebih lagi, katanya Kuan Yew adalah seorang pejuang.
 
Semasa berdepan krisis, beliau berkata, apabila semua membayangkan tiada harapan, Kuan Yew kekal bersifat enggan mengaku kalah, pintar, tegas dan berpendirian tetap dalam memperjuangkan sesuatu.
 
“Oleh kerana beliau tidak pernah goyah, kami tidak pernah teragak-agak. Ini kerana beliau sanggup berjuang, kami mendapat keberanian dan berjuang bersama-sama beliau dan mencapai kemenangan.
 
“Atas semangat juang itu, Encik Lee mengangkat Singapura daripada taraf Dunia Ketiga untuk menjadi taraf Dunia Pertama,” kata Hsien Loong. – Bernama
Loading...

Latest Comments

Leave a Reply