KL bergelap sejam sempena Earth Hour 2015

KL bergelap sejam sempena Earth Hour 2015

Beberapa bangunan di sekitar ibu negara bergelap selama sejam sebagai tanda sokongan terhadap kempen Earth Hour mulai 8.30 malam tadi.

Tinjauan Bernama mendapati antara bangunan tersebut ialah bangunan mercu tanda Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Bangunan Daya Bumi, pusat beli-belah Pavillion, Fahrenheit, Lot 10 dan Galeri Starhill.

KL bergelap sejam sempena Earth Hour 2015

KL bergelap sejam sempena Earth Hour 2015

Ribuan warga kota dan pelancong di sekitar kawasan berkenaan bersorak apabila lampu dipadamkan bagi menunjukkan sokongan terhadap kempen yang bertujuan menyelamatkan bumi daripada pemanasan dan perubahan iklim.

Bagi seorang warga kota, Mohd Fattah Abdul Sidek, 28, kempen Earth Hour yang diadakan selama sejam ini dapat memberi manfaat kepada dunia.

Katanya, dunia tidak dapat lari daripada perubahan iklim dan pemanasan global dan isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

“Atas dasar kesedaran ini saya hadir ke ibu negara pada malam ini bagi menyatakan sokongan saya terhadap kempen Earth Hour ini,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Siti Zulaikha Mohd Rosli, berkata beliau berharap kempen ini dapat memberi kesedaran kepada semua pihak dan lebih ramai individu mengambil bahagian pada kempen yang akan datang.

“Kalau boleh saya harap kempen ini dapat dilaksanakan pada setiap bulan untuk menggalakkan lebih banyak orang menggunakan tenaga elektrik dengan berhemah,” katanya.

Pelancong Australia, David Matthew, 32, turut menyifatkan kempen ini sebagai satu usaha bagi menjimatkan tenaga elektrik, sekali gus menyelamatkan bumi daripada pencemaran.

Earth Hour merupakan acara tahunan, yang diadakan pada hari Sabtu terakhir bulan Mac, untuk setiap kediaman dan pejabat mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam sebagai usaha mengurangi penggunaan karbon.

Ini merupakan kali keempat Kuala Lumpur bersama-sama 7,000 bandar raya dari 172 negara di seluruh dunia menyertai kempen alam sekitar terhadap perubahan iklim.

Sumber : Awani

Loading...

Leave a Reply