Suami Setan Paksa Isteri Dalam Pantang Dan Anak Bongsu Mengemis

Suami Setan Paksa Isteri Dalam Pantang Dan Anak Bongsu Mengemis

 

Seorang lelaki pelarian Rohingya tergamak memaksa isterinya yang masih dalam pantang mengemis bersama anak bongsu berusia kira-kira tiga minggu, kelmarin.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, lelaki tidak bertanggungjawab berkenaan pada awalnya memberi alasan meninggalkan dua orang anaknya bersama isteri di pekarangan Masjid Sultan Abu Bakar di sini, sementara mengerjakan solat Jumaat.

Suami Setan Paksa Isteri Dalam Pantang Dan Anak Bongsu Mengemis

Suami Setan Paksa Isteri Dalam Pantang Dan Anak Bongsu Mengemis

Beliau berkata, bagaimanapun JKM menemui sejumlah wang selain bekas meletak wang bersama wanita berkenaan.

Menurutnya, ketika ditemui wanita berkenaan yang berusia 26 tahun bersama bayi lelakinya dan seorang lagi anak perempuan berusia setahun enam bulan.

Katanya, wanita itu juga memiliki sejumlah wang dipercayai diperoleh hasil mengemis.

“Dalam operasi dijalankan mulai jam 12 tengah hari hingga 8 malam, kami menyelamatkan wanita berkenaan bersama dua anaknya.

“Apa yang mengejutkan, wanita itu menyatakan baru melahirkan anak bongsunya pada bulan lalu dan masih dalam pantang.

“Dia mengharapkan ihsan orang ramai termasuk mengemis bersama bayi kerana mahu membeli susu untuk anak memandangkan suaminya tiada pekerjaan,” katanya.

Manayi berkata, tidak lama kemudian suami wanita berkenaan yang berusia 32 tahun muncul dan menyatakan isterinya bukan pengemis.

Katanya, siasatan mendapati pasangan berkenaan memiliki enam cahaya mata dan berasal dari Saleng, Senai.

“Siasatan mendapati sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki berkenaan mendesak isterinya mengemis.

“Mereka dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu di sekitar bandar raya ini.

“Bagaimanapun, perbuatan lelaki berkenaan boleh mengundang masalah tidak diingini terutama bagi bayinya,” katanya yang menambah pasangan itu sudah tinggal di negeri ini kira-kira dua tahun.

Manayi berkata, wanita berkenaan dan dua anaknya diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (RSK) selama sebulan sementara siasatan dijalankan di bawah Akta Orang Papa 1977.

“Dalam operasi sama, JKM menyelamatkan 15 pengemis termasuk seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an, lima perempuan dewasa berusia 20 hingga 40-an selain sembilan kanak-kanak termasuk seorang bayi yang berusia antara tiga minggu hingga 13 tahun.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply