Trending aiskrim congkak, aiskrim pasu, aiskrim lesung batu dan aiskrim buluh

Ais Krim congkak, ais krim pasu, aiskrim lesung batu dan aiskrim buluh

Ais Krim congkak, ais krim pasu, aiskrim lesung batu dan aiskrim buluh

 

Bersesuaian dengan keadaan cuaca panas yang melanda Malaysia kini, timbul beberapa produk pencuci mulut yang diinovasikan sesuai dengan situasi semasa.

Aiskrimpasusek7 tiba di Ampang memeriahkan majlis hari jadi

Aiskrimpasusek7 tiba di Ampang memeriahkan majlis hari jadi

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, aiskrim pasu mula menjadi perhatian di media sosial. Perkongsian foto dan selfie yang diambil bersama aiskrim pasu menarik perhatian pengguna media sosial lain untuk mencuba sendiri pencuci mulut itu.

Bagi yang pernah mencubanya, mereka mendapati tiada rahsia dalam resipi pembikinan aiskrim pasu. Tetapi tarikan utama adalah pada saiz pasu dan kreativiti dekorasinya.

Izzah Esa, 33 tahun dari Kota Tinggi mempromosikan aiskrim pasu melalui facebook.com/aiskrimpasu.

Ais Krim Pasu Kota Tinggi

Izzah Esa, 33 tahun dari Kota Tinggi mempromosikan aiskrim pasu melalui facebook.com/aiskrimpasu. Dia bersama rakan karibnya telah memulakan perniagaan menjual aiskrim pasu sejak November 2014 lagi.Bagi memastikan produknya lain daripada yang lain, Izzah membuat sendiri coklat yang digunakan pada hiasan aiskrim disamping pasu besar bersaiz XL dengan diameter 12 sm. Idea menghasilkan  aiskrim pasu mula timbul ketika membuat dekorasi masakan untuk ibunya yang gemar menyertai pertandingan memasak.

Tahu pasal ni tapi jgn riso kami memang tak ltak penuh dan kene pada pasu dan memang ltak cover tuk lapik pasu tu

Tahu pasal ni tapi jgn riso kami memang tak ltak penuh dan kene pada pasu dan memang ltak cover tuk lapik pasu tu

 

Oleh kerana aiskrim pasu mulai popular, timbul isu tentang kebersihan bekas pasu yang digunakan oleh para peniaga. Bagi Izzah, untuk memastikan produknya bersih & selamat, dia menggunakan bekas jenis bebas BPA bagi mengelakkan sebarang bentuk pencemaran makanan.

@Enanasss : Ya Allah tercemar jugak diri ni dengan aiskrim pasu

@Enanasss : Ya Allah tercemar jugak diri ni dengan aiskrim pasu

Harga pencuci mulut itu biasanya dijual bermula RM5 bergantung kepada hiasan dan coklat yang ditambah pada aiskrim pasu.

Selepas aiskrim pasu, timbul pula inovasi lain dengan menukar bekas pasu kepada buluh, lesung batu serta paling terbaharu, congkak yang juga nampak kreatif dan menarik.

 

Sumber: Astro Awani

Loading...

Leave a Reply