Setelah Enam Bulan, Jackie Chan Maafkan Anaknya, Jaycee Yang Dipenjara Akibat Dadah

Setelah Enam Bulan, Jackie Chan Maafkan Anaknya, Jaycee Yang Dipenjara Akibat Dadah

 

Selepas enam bulan terpisah akibat dipenjarakan atas kesalahan dadah, Jaycee Chan buat pertama kalinya bertemu bapanya, aktor filem aksi terkenal, Jackie Chan.

Setelah Enam Bulan, Jackie Chan Maafkan Anaknya, Jaycee Yang Dipenjara Akibat Dadah

Setelah Enam Bulan, Jackie Chan Maafkan Anaknya, Jaycee Yang Dipenjara Akibat Dadah

Sebelum ini, hubungan keduanya renggang akibat tindakan Jaycee, 32 terlibat dengan dadah hingga ditahan polis pada Ogos tahun lalu bersama rakannya, Kai Ko kerana memiliki 100 gram ganja di villa miliknya di Beijing, China.

Baru-baru ini, anak lelaki pelakon itu memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Jackie menggunting rambutnya di laman sosial Weibo.

Dalam gambar berkenaan, Jackie dilihat tersenyum ketika memotong rambut anaknya yang panjang kerana tidak pernah dipotong sepanjang dia dipenjara.

Jaycee kemudiannya memuat naik sekeping lagi gambar yang memaparkan imejnya yang kemas dan mendapat pujian daripada beribu-ribu peminat.

Pada masa sama, Jackie Chan juga sibuk mempromosikan filem terbarunya, Dragon Blade.

“Sudah terlalu lama saya tidak bertemu dengan Jaycee. Saya rasa dia kini sudah matang.

“Kami tidak berbual mengenai perkara yang menyedihkan tetapi lebih kepada hal keluarga kami,” katanya memaafkan anaknya yang baru dibebaskan dari penjara itu.

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply