Rumah terbakar gara-gara Nutella

Rumah terbakar gara-gara Nutella

 

Gara-gara coklat Nutella, sebuah rumah di Twickenham, di sini mengalami kebakaran teruk termasuk mengakibatkan kematian seekor anjing pemilik rumah tersebut.

Seperti yang dipetik menerusi sebuah portal, hasil siasatan baru-baru ini mendedahkan kebakaran yang berlaku pada 15 Februari lalu berpunca daripada balang coklat itu yang diletakkan di tingkap rumah tersebut.

Rumah terbakar gara-gara Nutella

Rumah terbakar gara-gara Nutella

Difahamkan kebakaran berpunca akibat cahaya matahari musim sejuk yang dibiaskan balang coklat tersebut.

Keluarga tersebut dilaporkan menggunakan balang tersebut sebagai bekas menyimpan getah pengikat di rumahnya. Cahaya matahari yang dibiaskan oleh balang Nutella itu menghala ke tirai  menyebabkan tirai tersebut terbakar sebelum merebak ke bahagian lain.

Pemilik rumah, Declan Murphy berkata, dia keluar menyambut ulang tahun bersama isterinya, Lindsay dan dua anak-anak mereka ketika kejadian berlaku.

Kebakaran tersebut mengorbankan anjing kesayangan keluarga Murphy yang terperangkap di dalam rumah, merosakkan bumbung rumah dan memusnahkan seluruh bilik tidur ditingkat bawah.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply