Ngeri! Badan pasangan OKU hancur digilis

Ngeri! Badan pasangan OKU hancur digilis

 

Perjalanan pasangan suami isteri yang mahu ke Klang berakhir tragedi apabila maut digilis dalam kemalangan di Kilometer 35.5 Jalan Klang-Teluk Intan di Pekan Sungai Buloh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, kedua mangsa yang juga pasangan orang kurang upaya (OKU) bergesel dengan tayar kedua lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit sebelum terjatuh dan digilis.

Ngeri! Badan pasangan OKU hancur digilis

Ngeri! Badan pasangan OKU hancur digilis

Motosikal yang ditunggang Mohd Razali Mohd Sohad, 65, bersama pembonceng, Jahrah Daud, 49, dipercayai cuba memotong lori tangki terbabit untuk masuk ke laluan kanan, bagaimanapun tidak berjaya.

Akibatnya pelanggaran itu, badan mangsa hancur dan bertaburan di jalanan sebelum dikutip anggota polis yang bertugas dan dibantu orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian.

Saksi kejadian, Mohd Fadzli Omar, 20, yang kebetulan berada di lokasi kejadian memaklumkan, dia masih terkejut dengan kemalangan yang berlaku di depan matanya.

“Masa kejadian itu, saya nak ke kedai. Tiba-tiba saya nampak pasangan suami isteri itu dengan motosikal cuba potong lori tangki tapi tak sempat…saya nampak mereka melambung sebelum digilis.

“Memang terkejut dan trauma tengok kejadian yang tragik depan mata…keadaan berlaku sekelip mata saja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit dan kes masih disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tanjong Karang mendapati punca kematian mangsa adalah ‘Polytrauma Secondary To MVA’ manakala pemandu lori turut ditahan polis untuk membantu siasatan.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus jumpa Pegawai Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohamad Elme Othman,” katanya.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply