Rahsia Resume Kerja – Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja

Rahsia Resume Kerja – Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja

 

 

Tahukah anda? Antara punca 367 000 penganggur masih gagal dapat kerja hanya kerana tak tahu menghantar resume yang memikat majikan! Adakah anda salah seorang daripadanya? Maka anda wajib baca artikel ini hingga habis kerana ia bakal mengubah persepsi anda tentang betapa pentingnya resume kerja.

 

Resume bukan hanya dua tiga helai kertas hitam putih yang dipenuhi dengan maklumat kita sahaja. Walaupun resume ini perkara asas dan nampak remeh, namun ia sebenarnya adalah 90% faktor yang mempengaruhi sama ada anda diterima bekerja atau tidak. Pendek kata resume kerja adalah first impression majikan terhadap anda.

Rahsia Resume Kerja - Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja

Rahsia Resume Kerja – Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja

Tidak kiralah betapa tinggi pun tahap pendidikan dan betapa lama pun pengalaman anda, resume tetap menjadi satu entiti yang penting. Anda dinilai melalui resume anda. Takkanlah anda nak resume anda dipandang sekilas saja, lalu ditolak ketepi maka hancurlah harapan nak dapat kerja. Apa yang kita mahu bila orang pandang resume kerja kita, orang akan cakap Wow!.

Sebelum anda dibawa ke Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja, mari kita lihat antara tujuh (7) kesilapan kritikal yang orang selalu buat dalam resume.

Resume Copy & Paste

Ini yang kebanyakan orang selalu buat. Terutamanya budak lepas SPM atau graduan fresh baru keluar dari universiti. Nak senang, copy je resume kawan. Lepas tu edit maklumat peribadi dan pendidikan. Yang lain semuanya sama. Ha, jenis ini mesti cepat kena reject. Resume perlukan integriti. Apa yang anda tulis dalam resume kerja, itulah diri anda. Itulah yang akan dipersembahkan kepada bakal majikan.

Semua nak letak dalam resume

Memang benar, majikan nak lihat pencapaian hidup anda. Tapi itu tidak bermakna semua perkara daripada sekolah rendah hingga universiti anda nak cerita dalam resume kerja. Janganlah menang pertandingan merentas desa sekolah rendah pun nak letak dalam resume. Letakkan yang penting sahaja.  Resume hanya memerlukan 2 hingga 3 helai kertas saja maksimum. Kalau lebih itu dah tak panggil resume, itu panggil cerpen pendek kisah hidup anda. Hehe.

Font yang pelik

Resume bukan kad kahwin. Jadi tak perlu letak font yang bunga-bunga atau berkerawang. Gunakan basic font seperti Calibri, Times New Roman atau Arial.

Satu resume untuk semua

Anda ada satu resume. Resume itulah yang anda hantar ke semua job application. Ha, ini adalah kesilapan yang ramai orang tak sedar. Perlu anda tahu, setiap jawatan dan syarikat tak sama kriteria yang mereka inginkan. Jadi sebelum anda hantar resume ke sesebuah syarikat, sila kaji dahulu apa skop kerja jawatan yang anda pohon dan latar belakang syarikat. Kemudian, edit resume anda di bahagian pencapaian dan pengalaman. Letakkan apa yang skop kerja itu mahukan.

Berwarna-warni

Kecuali untuk kerja di bahagian Art & Design, resume kerja yang standard adalah dalam hitam putih sahaja. Sila jangan gunakan lebih daripada dua warna dalam resume anda.

Cover letter

Cover letter adalah surat iringan yang anda kepilkan bersama resume. Dalam cover letter ni ringkas saja. Tulis sedikit mengenai diri anda dan mengapa anda memohon jawatan tersebut. Bukannya tulis semua perkara macam dalam resume.

 

Ok, sudah faham semua kesilapan kritikal di atas? Itu hanya sedikit tips yang diambil daripada Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja, dalam pakej ini terdapat banyak lagi tips dan rahsia resume memikat majikan yang ramai orang tak tahu. Pakej ini akan dilancarkan dalam dua hari saja lagi. Jadi sila dapatkan pakej ini cepat ya.

 

 

Download Rahsia Resume Kerja di sini!

Rahsia Resume Kerja – Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja

 

 

Rahsia Resume Kerja - Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja

Rahsia Resume Kerja – Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja

 

 

p/s : Jangan lambat tau nanti jualannya ditutup anda melopong tengok orang lain dapat kerja.

Loading...

Leave a Reply