Shabery Cheek saran syarikat telekomunikasi turunkan harga pakej jalur lebar

Shabery Cheek saran syarikat telekomunikasi turunkan harga pakej jalur lebar

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyarankan syarikat telekomunikasi menawarkan pakej jalur lebar pada harga yang lebih rendah agar lebih ramai boleh menikmati perkhidmatan tersebut.

Shabery Cheek saran syarikat telekomunikasi turunkan harga pakej jalur lebar

Shabery Cheek saran syarikat telekomunikasi turunkan harga pakej jalur lebar

Beliau berkata, kos pengendalian telekomunikasi telah menurun berikutan syarikat seperti Telekom Malaysia dan Time Dotcom menjual gentian optik secara borong kepada syarikat telekomunikasi dengan harga yang lebih rendah.

“Sehubungan itu, kita minta syarikat telekomunikasi melihat aspek ini untuk menurunkan harga pasaran perkhidmatan jalur lebar.

“Ini hanya satu seruan, bukan arahan. Saya berharap semua pihak menyambut baik (cadangan ini),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran AirTimeShare di sini hari ini.

Ahmad Shabery Cheek berkata, perkhidmatan jalur lebar telah menjadi satu daripada komponen penting dalam kehidupan seharian, maka, ia harus ditawarkan dengan harga yang ‘berpatutan.’ – Bernama

Sumber : Kosmo

Loading...

Leave a Reply