Kenyataan Kerajaan Malaysia berhubung keputusan rayuan Anwar Ibrahim

Kenyataan Kerajaan Malaysia berhubung keputusan rayuan Anwar Ibrahim

 

Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu beliau.

Kenyataan Kerajaan Malaysia berhubung keputusan rayuan Anwar Ibrahim

Kenyataan Kerajaan Malaysia berhubung keputusan rayuan Anwar Ibrahim

Kenyataan itu memetik seorang jurucakap kerajaan sebagai berkata:

“Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif. Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dan sebelum ini terdapat banyak juga keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kerajaan.

“Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim dibuat seorang individu secara peribadi – pekerja dan pembantu peribadi Anwar – bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah.

“Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif, yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman.”

– BERNAMA

Loading...

Leave a Reply