Belukar Bukit Broga Terbakar

Belukar Bukit Broga Terbakar

 

Belukar seluas 3.2 hektar di kawasan Bukit Broga, Semenyih, terbakar pada 4.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harum berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.44 petang.

Belukar Bukit Broga Terbakar

Belukar Bukit Broga Terbakar

Menurutnya, dua balai bomba dan penyelamat(BBP) terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran iaitu BBP Semenyih dan Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian membabitkan seorang pegawai dan 11 anggota.

“Operasi memadamkan kebakaran di Bukit Broga masih sedang giat dijalankan.

“Tiada mangsa terbabit dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber : Metro

Latest Comments

Leave a Reply