Datuk Jackie Chan Kagum Lihat Keindahan Istana Negara

Datuk Jackie Chan Kagum Lihat Keindahan Istana Negara

 

Bintang Hollywood yang pakar dalam seni mempertahankan diri Kung Fu, Datuk Jackie Chan memberitahu dia sangat mengagumi keindahan Istana Negara dan berpendapat bahawa ianya sangat luas dan besar. 

Datuk Jackie Chan Kagum Lihat Keindahan Istana Negara

Datuk Jackie Chan Kagum Lihat Keindahan Istana Negara

Malah, dia juga sangat menghargai apabila melihat betapa komitednya, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah apabila terpaksa berdiri selama berjam-jam untuk menyampaikan anugerah kepada lebih 350 penerima, katanya.

Apabila ditanya mengenai perasaan beliau menerima anugerah itu, Jackie Chan memberitahunya bahawa dia sangat teruja, gembira dan berterima kasih menerima anugerah tinggi daripada Yang di-Pertuan Agong.

Jackie Chan sangat berminat untuk mempelajari tradisi dan budaya Malaysia dan menyatakan bahawa rakyat Malaysia sangat peramah dan kerjasama,” kata Datuk P Gunaseelan kepada BERNAMA.

Anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkata beliau tidak pernah menjangka bahawa Jackie Chan akan duduk di sebelahnya dalam istiadat pengurniaan selama dua jam itu sempena Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara di sini Ahad.

“Saya tidak pernah menjangka akan duduk bersebelahan dengan Jackie Chan kerana sehari sebelumnya semasa raptai, orang lain yang duduk di kerusi nombor 39. Nombor kerusi saya ialah 40,” katanya lagi.

Gunaseelan, yang menerima Darjah Panglima Mangku Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah terkejut melihat Jackie Chan, bintang filem kelahiran Hong Kong yang disenaraikan untuk menerima anugerah yang sama, tiba lalu duduk di sebelah beliau.

“Saya sangat terkejut. Saya tidak pernah menjangka bahawa orang itu ialah Jackie Chan. Dan beliau duduk di sebelah saya. Saya memperkenalkan diri saya dan dia juga memperkenalkan dirinya, dan kami seronok berbual selama dua jam semasa istiadat itu.

“Jackie Chan juga bertanya mengenai pelbagai darjah, bintang dan pingat yang dianugerahkan oleh Seri Paduka dan saya menjelaskan kepadanya satu demi satu, dan sia[a mereka yang menerima anugerah itu,” katanya.

Jackie Chan turut berkongsi dengan Gunaseelan perkembangan terkini mengenai filem terbaru lakonannya, Dragon Blade, sebuah filem aksi sejarah, yang dilaporkan akan ditayangkan semasa hari pertama Tahun Baharu Cina.

“Jackie Chan berkata beliau akan kembali semula ke negara ini dalam dua minggu akan datang untuk melancarkan filem itu di sini,” katanya.

Gunaseelan berkata, walaupun Jackie Chan ialah seorang superstar tetapi beliau mendapati pelakon itu seorang yang amat merendah diri dan mudah bermesra.

Bagi Datuk P Gunaseelan, Hari Wilayah Persekutuan tempohari memberi dua kegembiraan kerana bukan sahaja beliau dianugerahkan darjah yang membawa gelaran Datuk tetapi memenuhi impian sepanjang hayat untuk menemui bintang filem antarabangsa, Datuk Jackie Chan.

Sumber : Murai

Loading...

Leave a Reply