Mengubah Juru Auto City Kepada Destinasi Membeli-Belah Mesra Alam

Mengubah Juru Auto City Kepada Destinasi Membeli-Belah Mesra Alam

 

Selepas kejayaan mengubah Auto City di Juru daripada tanah paya kepada sebuah bandar pada tahun 2000-an, pengasasnya Gary Teoh dan isteri Ong Bee Lee, kini mahu mengubah kawasan berkenaan berdasarkan konsep alam semula jadi yang moden.

Konsep itu akan mengetengahkan alam sekitar semula jadi, mesra alam dan elemen kehijauan bagi menampung permintaan yang semakin meningkat untuk alam sekitar yang tidak tercemar dalam kehidupan moden.

Mengubah Juru Auto City Kepada Destinasi Membeli-Belah Mesra Alam

Mengubah Juru Auto City Kepada Destinasi Membeli-Belah Mesra Alam

Teoh berkata tiga fasa dalam Auto City yang 99.1 peratusnya didiami lebih  200 peniaga pelbagai segmen, daripada automotif, makanan dan minuman  (F and B), hiburan, perbankan, membeli-belah, rekreasi dan perkhidmatan lain.

“Untuk mewujudkan persekitaran hijau, kami merancang untuk membuka lebih banyak ruang hijau terbuka dengan landskap bercirikan air dan pokok dan diikuti pelbagai jenis bunga, herba dan pokok buah-buahan untuk pelawat,” katanya kepada  Bernama di sini, Ahad.

 

Memperakui bahawa bukan mudah untuk mewujudkan suasana kehijauan, Teoh berkata ia memerlukan usaha berterusan menerusi pelbagai inisiatif seperti pengkomposan sisa makanan, membersihkan terusan dan merawat air kumbahan, membangunkan landskap, penanaman pokok untuk mewujudkan ciri-ciri kehijauan.

Teoh yang juga Pengarah Urusan Auto City Group, berkata menerusi projek perintis pengkomposan sisa makanan yang bermula awal tahu lepas, kira-kira 60 peratus penyewa F and B terlibat dan tahun ini semua peniaga F and B akan menyertai pelupusan sisa makanan sifar kepada tanah gambus.

“Kini kami mempunyai empat mesin pengkomposan yang menghasilkan komposit sisa makanan yang digunakan untuk baja landskap dan pokok. Inilah yang kami tegaskan perlunya untuk kitar semula bagi mewujudkan persekitaran hijau,” kata  Teoh.

Mengenai cabaran perniagaan tahun ini, Teoh menjangkakan pengguna akan mengurangkan perbelanjaan akibat kos perniagaan yang meningkat, dan menambah perniagaan runcit menjadi pelahan, namun segmen F and B dijangka mampu menampung impak.

“Oleh itu, tahun ini kami akan memberi tumpuan ke atas penjagaan dan kecantikan Auto City seperti membersih, menyediakan lebih banyak landskap dan pokok untuk menjadikan kawasan ini lebih bersih, hijau dan menarik untuk keluarga, kanak-kanak dan perjumpaan sosial,” katanya.

Dianggap sebagai destinasi pelancongan moden dan mercu tanda perniagaan di tanah besar Pulau Pinang, Auto-City juga merupakan lokasi acara luar rumah pilihan, pameran bergerak, karnival dan perayaan.

Tanah paya yang kini menjadi lokasi Auto-City hari ini pada peringkat awalnya dirancang untuk projek menara pejabat korporat semasa krisis ekonomi melanda Asia pada 1997, dan projek itu terpaksa diabaikan.

“Kami teruk terjejas dan melalui masa yang sukar. Selepas berhadapan banyak cabaran, kami berjaya membangunkan Auto-City seperti yang wujud hari ini. Krisis itu merupakan suatu rahmat yang terselindung,” kata Teoh.

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply