Ikan Lumba-Lumba Muncul Di Perairan Sabak Bernam Satu Fenomena Pelik

Ikan Lumba-Lumba Muncul Di Perairan Sabak Bernam Satu Fenomena Pelik

Jabatan Perikanan Selangor menjelaskan penemuan ikan lumba-lumba yang didakwa penduduk dan nelayan di Perairan Sabak Bernam seperti yang disebarkan dalam laman sosial Facebook adalah satu fenomena luar biasa yang jarang berlaku di negara ini.

Pengarahnya, Azli Shah Abdul Aziz berkata, hasil siasatan pihaknya dengan Pejabat Perikanan Daerah Sabak Bernam mendapati fenomena luar biasa itu hanya pernah dilaporkan berlaku di perairan itu hanya hanya pada penghujung tahun 90-an.

Ikan Lumba-Lumba Muncul Di Perairan Sabak Bernam Satu Fenomena Pelik

Ikan Lumba-Lumba Muncul Di Perairan Sabak Bernam Satu Fenomena Pelik

Menurutnya, jika benar dakwaan itu, sudah tentu nelayan atau penduduk di kawasan terbabit membuat laporan kepada Jabatan Perikanan bagi memaklumkan kewujudan mamalia laut itu yang habitatnya tinggal di negara beriklim sejuk.

“Saya dah semak dengan Jabatan Perikanan Daerah Sabak Bernam dan mereka memaklumkan tiada satu pun laporan diterima tentang kewujudan ikan lumba-lumba sehingga kini,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun Azli Shah tidak menolak kemungkinan ikan lumba-lumba yang ditemui nelayan itu mungkin tersesat sepertimana yang berlaku di beberapa tempat apabila penduduk menemui ikan lumba-lumba mati terdampar dan sebaginya.

“Populasi ikan lumba-lumba bukan dari negara ini, tetapi perkara ini tak mustahil berlaku kerana kemungkinan ikan itu tersesat hingga masuk ke perairan negara ini,” katanya.

Ditanya apakan tindakan Jabatan Perikanan setelah menerima maklumat daripada penduduk atau nelayan yang menemui ikan itu, Azli Shah berkata, pihaknya akan meneliti laporan terbabit.

“Kalau kami terima laporan, kita akan temuduga siapa yang nampak dan kalau boleh mereka sertakan gambar sebagai bukti tentang dakwaan terbabit,” katanya.

Penemuan ikan lumba-lumba itu menjadi bualan hangat penduduk setempat apabila satu kumpulan Facebook mengirimkan rakaman video berdurasi 43 saat yang mendakwa terdapat ikan lumba-lumba di perairan Sabak Bernam.

Laporan itu menerima 320 like dan 75 akuan lain yang turut berkongsi rakaman itu dan 97 komen sehingga jam 4 petang semalam.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply