Saya Pemilik Pistol Berlesen – Naik Presiden MIC, M. Saravanan

Saya Pemilik Pistol Berlesen – Naik Presiden MIC, M. Saravanan

 

Gambar Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan dengan pistol diselitkan di pinggangnya menjadi viral di media sosial pada Jumaat.

Malah ahli politik itu mengesahkan beliau sememangnya membawa senjata api itu ketika gambar tersebut dirakamkan.

Saya Pemilik Pistol Berlesen - Naik Presiden MIC, M. Saravanan

Saya Pemilik Pistol Berlesen – Naik Presiden MIC, M. Saravanan

“Saya pemilik pistol berlesen dan saya sentiasa membawanya bersama saya,” katanya kepada The Star pada Jumaat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata setiap Ahli Parlimen berhak untuk membawa pistol dan beliau sendiri memilikinya sejak 2003 iaitu apabila dilantik sebagai senator.

Gambar M. Saravanan yang disebarkan itu dipercayai dirakamkan pada Rabu iaitu sebelum sidang akhbar yang dijadualkan di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur.

“Malangnya butang kot terbuka dan memberi peluang kepada jurugambar merakamkannya.

“Bagaimanapun hanya sebahagian daripada pemegang pistol itu dapat dilihat. Saya tidak mengacukan pistol itu kepada sesiapa pun dan tidak pula ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Saravanan berkata, mereka yang menyebarkan gambar itu hanya mencari ‘publisiti’.

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply