Malaysia Isytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban

Malaysia Isytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban

Semua terkorban - MH370

Semua terkorban – MH370

Malaysia mengisytiharkan semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban selepas kerajaan mengumumkan pesawat itu terbabit dalam kemalangan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, bagaimanapun Malaysia akan terus bekerjasama dengan kerajaan China dan Australia untuk mencari pesawat itu.

Katanya, kerajaan memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan.

“Perisytiharan ini membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya dalam proses pampasan.

“MAS akan melaksanakan tanggungjawab mereka berhubung hak dan kepentingan waris sebagaimana diperuntukkan undang-undang antarabangsa dan domestik,” katanya ketika membuat pengumuman secara langsung melalui RTM1 di sini, sebentar tadi.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply