Lori rempuh 10 kereta di atas Jambatan Sultan Yusuf

Lori rempuh 10 kereta di atas Jambatan Sultan Yusuf

Lori ‘balas’ sepuluh kereta

Lori ‘balas’ sepuluh kereta

Teluk Intan: Empat belas individu nyaris maut apabila lori simen hilang kawalan lalu merempuh 10 kenderaan di atas Jambatan Sultan Yusuf di Kilometer 49, Jalan Sitiawan-Teluk Intan, di sini, 5.30 petang semalam.

“Akibat rempuhan itu, seorang anak saya berusia empat tahun tersepit dan parah,” kata Kamarudin Al Peyah, seorang daripada 14 mangsa yang cedera dalam kemalangan itu.

Kejadian dipercayai berpunca daripada lori simen dari arah Sitiawan ke Teluk Intan dan dikatakan hilang kawalan hingga merempuh beberapa kenderaan lain, kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh beberapa kenderaan lagi.

Kenderaan lain yang dirempuh kemudian berlanggar sesama sendiri sehingga menyebabkan kerosakan teruk dan kecederaan kepada 14 individu membabitkan pemandu dan penumpang dengan empat daripadanya parah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply