Aril: ‘Tunggu aku ye bang’

Aril: ‘Tunggu aku ye bang’

 

KHAIRIL Azam, atau Aril Pilus, adik kepada Izwan Pilus memuatnaik sekeping gambar ke laman Instagram dengan ucapan menyayat hati, 11 jam lepas.

“Pejam celik dah #3thn kau takde bang, sesaat pon aku tak pernah lupa muka kau, suara kau, nyanyian kau, perangai kau, menyakat kau dan semua2 kau lah, sesaat pon tak pernah..dan TAK AKAN PERNAH LUPA PESAN KAU,” tulis Aril.

Aril: 'Tunggu aku ye bang'

Aril: ‘Tunggu aku ye bang’

“I love you abang Wan, aku rindu nak peluk kau, nak peluk ketat-ketat nak cium kau abg Wan.. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aku janji aku takkan sia-siakan mak dengan ayah.. I love you brother, tunggu aku ye bang..” tambah Aril.

Allahyarham Izwan Pilus atau nama sebenar, Khairil Izwan Pilus kembali ke rahmatullah pada 20 Januari 2012, dan hari ini genap tiga tahun pemergian beliau.

Allahyarham, penyanyi lagu Kembali Senyum mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.

Semoga arwah ditemptkan bersama-sama orang yang beriman.

AL-FATIHAH

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply