Gadis Ini Mencari Bapa Kandungnya Untuk Jadi Wali Pernikahan

Gadis Ini Mencari Bapa Kandungnya Untuk Jadi Wali Pernikahan

 

Walaupun diserahkan kepada keluarga angkat sejak berusia tiga bulan, seorang eksekutif tidak menyalahkan ayah dan ibunya, sebaliknya tetap mahu bertemu mereka semula.

Gadis Ini Mencari Bapa Kandungnya Untuk Jadi Wali Pernikahan

Gadis Ini Mencari Bapa Kandungnya Untuk Jadi Wali Pernikahan

Noor Sarinawati Ahmad Sabri, 28, berkata, dia meminta maaf jika kelahirannya menyusahkan orang tuanya dan merayu pada ayahnya supaya menjadi wali perkahwinannya.

Katanya, dia bakal melangsungkan perkahwinan pada awal Mac depan dan berharap dapat menjejaki ayahnya, Ahmad Sabri Yahya berusia 60-an secepat mungkin kerana dia enggan berwalikan hakim.

“Saya diserahkan kepada keluarga angkat, Sangirah Hassan, 68, ketika berusia tiga bulan di Muar, Johor. Walaupun pernah dimaklumkan keluarga angkat bahawa ayah pernah meninggalkan pesan supaya menggunakan wali hakim dan jangan mencarinya jika hendak berkahwin, saya tidak menyalahkannya.

“Saya tidak pernah terasa hati dengan tindakan ibu dan ayah. Mungkin ada sebab tertentu mereka berbuat demikan kerana tidak mungkin mereka sanggup mengabaikan zuriat sendiri tanpa sebab munasabah.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply