Ibu bapa diminta pulangkan buku teks gambar ‘lelaki kahwin lelaki’

Ibu bapa diminta pulangkan buku teks gambar ‘lelaki kahwin lelaki’

Pulangkan buku teks gambar 'lelaki kahwin lelaki' - Penerbitan Bagus

PENERBITAN BAGUS: Pulangkan buku teks gambar ‘lelaki kahwin lelaki’ – Gambar Facebook

KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd meminta semua ibu bapa pelajar tahun empat untuk segera memulangkan buku teks terbitan mereka yang memaparkan gambar salasilah lelaki berkahwin dengan lelaki di kedai buku berdekatan.

Dengan mengakui kesilapan cetakan gambar itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan, penerbitan berkenaan juga memaklumkan edisi baharu buku itu akan dicetak dan diganti semula dalam masa terdekat.

Penerbitan Bagus akan mencetak semula buku bagi tajuk di atas kepada edisi baharu dalam masa terdekat kerana terdapat kesilapan di dalam cetakan pertama yang tidak disengajakan.

“Pihak kami meminta ribuan kemaafan di atas kesilapan itu. Pihak kami akan menarik semula semua stok yang telah diedarkan bagi buku bertajuk di atas dan menggantikannya dengan edisi baharu,” kata wakil penerbitan itu di dalam catatan di laman Facebook mereka.

 (Muka surat di buku teks DSKP Sejarah tahun empat yang memaparkan kesilapan gambar lelaki berkahwin lelaki di dalam salasilah keluarga - Sumber gambar WhatsApp)

(Muka surat di buku teks DSKP Sejarah tahun empat yang memaparkan kesilapan gambar lelaki berkahwin lelaki di dalam salasilah keluarga – Sumber gambar WhatsApp)

Baru-baru ini, ibu bapa berkenaan digemparkan dengan sekeping gambar yang menunjukkan kesalahan satu buku teks sekolah yang memaparkan hubungan songsang dalam salasilah kekeluargaan, penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun empat.

Gambar itu tersebar melalui sistem pesanan WhatsApp dan menimbulkan pelbagai persoalan mengapa perkara itu boleh terjadi.

Sementara itu, dalam catatan berasingan di laman Facebook penerbitan berkenaan, mereka turut memaklumkan penukaran buku sudah boleh dibuat di semua toko buku yang berkenaan.

“Semua pelanggan sama ada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid boleh menukar semua buku bertajuk di atas di kedai-kedai buku sekolah atau kedai buku di luar sekolah yang berdekatan.

“Anda akan menerima buku edisi baharu. Penukaran adalah secara satu dengan satu dengan buku penerbitan baharu.

“Kami juga akan menghantar semula semua stok buku edisi terbaharu kepada semua pembekal dan kedai buku seluruh Malaysia yang menerima stok buku dari Penerbitan Bagus Sdn. Bhd.,” jelas laman Facebook penerbitan berkenaan.

 Pihak Penerbitan Bagus memohon maaf di laman Facebook mereka kerana kesilapan cetakan yang memaparkan kesilapan gambar lelaki berkahwin lelaki di dalam salasilah keluarga - Gambar Facebook Penerbitan Bagus)

Pihak Penerbitan Bagus memohon maaf di laman Facebook mereka kerana kesilapan cetakan yang memaparkan kesilapan gambar lelaki berkahwin lelaki di dalam salasilah keluarga – Gambar Facebook Penerbitan Bagus

Sementara itu, laporan sebuah portal memberitahu wakil penerbitan berkenaan memaklumkan, kesilapan terjadi pada format komputer pencetakan.

“Kami bukan sengaja kesilapan pada ‘setting computer’, sehingga keluar gambar lelaki dan lelaki.

“Kami harap ibu bapa dan guru boleh bersabar kita akan cetak dan ganti semula semua buku yang dibeli.

“Ibu bapa atau pihak sekolah tidak perlu mengemukakan resit pembelian hanya kembalikan yang lama dan kita akan ganti yang baharu,” katanya.

Penerbitan Bagus adalah sebuah syarikat yang menerbitkan buku kerja, kertas model dan bahan bacaan umum berkualiti tinggi.

Mereka menekankan misi pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan dan ditubuhkan pada 1 Jun 2013 selain ibu pejabat syarikat itu beralamat di Shah Alam, Selangor.

Sumber: Astro Awani

Loading...

Leave a Reply