Kilang bebola ikan jijik di Georgetown ditutup

Kilang bebola ikan jijik di Georgetown ditutup

Sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong di sini diarah tutup kerana berpoperasi dalam keadaan kotor.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut berkata, dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan.

Kilang bebola ikan jijik di Georgetown ditutup

Kilang bebola ikan jijik di Georgetown ditutup

“Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kilang bebola ikan itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.

MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna. – Bernama

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply