Anggota polis putus tangan kanan diserang 10 lelaki

Anggota polis putus tangan kanan diserang 10 lelaki

 

Seorang anggota polis putus tangan kanannya selepas diserang kira-kira 10 lelaki di sebuah kelab malam di Jalan Changkat Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Anggota polis putus tangan kanan diserang 10 lelaki

Anggota polis putus tangan kanan diserang 10 lelaki

Serangan pada jam 2.50 pagi itu dikatakan berpunca daripada perselisihan faham dan dendam susulan berlakunya pergelutan kecil membabitkan mereka, sebelum ini.

Kejadian berlaku ketika premis hiburan berkenaan sedang dikemas untuk ditutup apabila mangsa dikatakan tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu memasuki pusat terbabit.

Mangsa yang kritikal kini dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa mengesahkan kejadian itu dan suspek sedang diburu polis.

Katanya, polis sudah melawat lokasi kejadian dan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta merampas beberapa parang milik suspek.

Sumber : Bharian

Loading...

Latest Comments

Leave a Reply