Peniaga Pasar Malam Tempatan Berang Penguatkuasa Tangkap PATI Kerana Itu Pelanggan Mereka

Peniaga Pasar Malam Tempatan Berang Penguatkuasa Tangkap PATI Kerana Itu Pelanggan Mereka

 

“Kamu ni datang rosakkan bisnes (perniagaan) orang. Mereka (warga asing) semua ini pelanggan kami. Macam mana nak berniaga kalau tiada pelanggan?” kata seorang peniaga tempatan yang mempertikaikan tindakan penguat kuasa imigresen menyerbu tapak pasar malam Sri Muda, Seksyen 25 di sini, kelmarin.

Peniaga Pasar Malam Tempatan Berang Penguatkuasa Tangkap PATI Kerana Itu Pelanggan Mereka

Peniaga Pasar Malam Tempatan Berang Penguatkuasa Tangkap PATI Kerana Itu Pelanggan Mereka

Rungutan itu dilemparkan berikutan majoriti ‘pelanggan setia’ peniaga pasar malam itu adalah dalam kalangan warga asing yang menetap di kawasan berkenaan.

Peniaga lelaki berusia 30-an itu bukan sahaja bersikap biadab mempertikaikan tugas anggota imigresen Selangor, malah turut mencabar mereka untuk bergaduh.

Bagaimanapun, ‘cabaran’ lelaki terbabit tidak diendahkan anggota penguat kuasa imigresen yang tetap menjalankan tangkapan.

Dalam operasi bermula jam 10.30 malam itu, seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain dikesan melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply