Cerita Benar Seorang Anak Terjun Dalam Liang Lahad “Mak Kali Terakhir Aku Tengok Mak Ni Mak”

Cerita Benar Seorang Anak Terjun Dalam Liang Lahad “Mak Kali Terakhir Aku Tengok Mak Ni Mak”

 

Assalamualaikum…

Dapat artikel ini…n moga dpt jd muhasabah bersama…

” Bila mak ayah kita meninggal dunia, terjun laa dalam liang sambut mayat dia, bukak papan keranda tu, angkat sebentar mayat mak ayah kita tu .

Cerita Benar Seorang Anak Terjun Dalam Liang Lahad "Mak Kali Terakhir Aku Tengok Mak Ni Mak"

Cerita Benar Seorang Anak Terjun Dalam Liang Lahad “Mak Kali Terakhir Aku Tengok Mak Ni Mak”

Biar kita salah sorang yang pusingkan mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat. Biar kita ! Bukan orang lain yang pusingkan mayat dia, angkat papan keranda semua tu. yang kita dok tengok ajee ni . Allahhurabi..

Biar laa kita yang buat semua tu n menyatakn dgn perlahan. “Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak …aku tengok mak”.

Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu. Biar kita !
Pegang perlahan² badan mak kita ITU, pusing dia elok², ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu n katakan.

“Mak last mak hari ni mak.. Lepas ni aku tak tengok mak dah”. Terlintas dalam hati kita dok pegang mak kita tu.. Lintaskan yang 20 tahun sebelum ni..kita kenal dunia ni , tangan ni yang suap dimulut kita .

Allahhurabbi . Hari pertama kita boleh berjalan, tahi, muntah kita ….dia laa orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat tara mana pun kita,.. kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang kita .

Tu saya sebut tadi, takkan hari mak ayah kita meninggal, kita tak boleh terjun dalam liang dia , pusingkan mayat dia mengadap ke kiblat.

Kalau kita ada tiga empat beradik , empat² beradik terjun dalam . “Abang pegang belakang bang”. Jangan kita dok harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca talkin , kita naik atas satgi , kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita…. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu…

Tengok macam mana ni last dah hari ni. Tiada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa .

“Ya Allah , aku angkat tangan ya Allah. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah. Dia yang melahirkan aku .

Ya Allah hari ni aku tinggalkan dia ya Allah, aku serah dia atas urusan Mu belaka ya Allah. Aku tadah tangan ya Allah. Aku mintak sangat² kau ampunkan dosa mak aku , tolong ya Allah kesian mak aku ya Allah . Aku ni hasil didikan dari dia Ya Allah . Kau ampunkanlah segala dosa² dia Ya Allah”.
Kawan² , kalau doa sebegitu kita doa dengan Allah taala , untung mak kita .

Adakah Allah taala akan tolak doa sebegitu ? Takkan Allah taala tolak kerana ini doa ikhlas datang dari sorang anak.
Sebab tu saya pesan, jika kita ada mak kita yang masih hidup, buat laa jasa . Buat jasa !
Buat sekadar mana yang kita boleh…
Allahhuakbar…

Saya sayang mak ayah ! Maafkan saya mak ayah… selalu sakitihati mak ayah . Maafkan saya !
Ampunilah dosa dosa abah dan emak ku yaa allah…ya Allah kasihani mereka Ya Allah…

P/s…ziarah mak di Kg Alur Lintang Besut Terengganu pd minggu lepas n cium pipi mak…saat terindah. Moga mak terus sihat n pnjang umur utk terus ku berbakti…

Sumber: Mohd Zamani Al-Besuty

Via : Kuat Sembang

Loading...

Leave a Reply