Taktik Gila Sumbat 42 PATI Dalam 3 Kereta Dikesan Polis

Taktik Gila Sumbat 42 PATI Dalam 3 Kereta Dikesan Polis

 

Keberanian seorang lelaki menyeludup masuk 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan cara menyumbat mereka ke dalam tiga buah ken­deraan gagal apabila taktik itu dikesan polis baru-baru ini.

Taktik Gila Sumbat 42 PATI Dalam 3 Kereta Dikesan Polis

Taktik Gila Sumbat 42 PATI Dalam 3 Kereta Dikesan Polis

Suspek rakyat tempatan berusia 35 tahun itu ditahan bersama kesemua warga asing terbabit di Kampung Titi Tinggi Hulu, Padang Besar dekat sini pada 27 November lalu pukul 8.30 malam.

PATI yang ditahan terdiri daripada 40 lelaki dan dua wanita warga Myanmar serta Bangladesh berusia antara 19 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron (gambar kecil) berkata, ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya, ketiga-tiga buah kenderaan yang dinaiki mereka sedang menghala ke Pulau Pinang dari Thailand.

Sumber : Kosmo

Loading...

Leave a Reply