Suami 44 tahun resah isteri minta cerai kerana tak larat layan 4 kali sehari 5 kali semalam

Suami 44 tahun resah isteri minta cerai kerana tak larat layan 4 kali sehari 5 kali semalam

Usah jadikan isteri bagai boneka

Usah jadikan isteri bagai boneka

 

Saya berusia 44 tahun dan mendirikan rumah tangga ketika berusia 25 tahun. Ketika itu, tenaga seks saya biasa saja. Saya mengadakan hubungan dengan isteri tiga kali seminggu dan kadangkala langsung tiada.

Bagaimanapun, apabila umur meningkat lewat 30-an, saya makin kerap mengadakan hubungan kelamin hinggalah sekarang iaitu empat kali sehari. Ia biasanya dilakukan dua kali pada waktu malam selain selepas Subuh dan tengah hari.

Apabila isteri datang bulan, saya minta dia puaskan dengan tangan. Sekarang, acap kali saya memanggil isteri balik pada waktu dia bekerja semata-mata untuk mengadakan hubungan kelamin.

Saya cuba mengurangkan aktiviti ini dengan kerap minum ais dan berpuasa, tapi ia sekejap saja. Selepas waktu berbuka, keinginan datang semula, malah ada kalanya mencecah hingga lima kali dalam satu malam!

Akibat keadaan ini, kami kerap bergaduh kerana isteri tak larat melayan saya, malah adakalanya saya terpaksa ‘merogolnya’.

Isteri mencadangkan saya berkahwin seorang lagi tapi saya menolak sebab tergolong dalam kategori tak berkemampuan dari segi harta.

Kini kami di ambang perceraian kerana isteri tak tahan melayan saya. Ini kerana setiap sesi hubungan mengambil masa antara 20 hingga 40 minit, menyebabkan dia mengadu sakit dan penat.

Untuk pengetahuan doktor, saya tak merokok tetapi gemar berjoging dan senaman regangan serta bekas atlet.

REMY

Kuala Lumpur

 

 

Penjelasan anda mengenai perilaku seksual yang meluap-luap, kekerapan melakukan hubungan kelamin dan stamina memang luar biasa!

Anda hanya melakukan seks dengan pasangan dan tidak mengambil kesempatan ‘makan luar’ serta tidak terlintas untuk berkahwin lagi.

Jika anda dalam kategori individu yang hiperseks, tentu anda tidak teragak-agak untuk ‘makan luar’ dan terpaksa ‘merogol’ isteri kerana keinginan yang meluap-luap.

Selain cuba melawan perasaan kuat nafsu dengan berpuasa dan minum air dingin, sebenarnya anda tidak serius. Anda masih terpedaya dengan keinginan nafsu kuat.

Mungkin, jika anda kekalkan usaha dengan melebih-kan aktiviti atletik di luar dan beronani bagi memberi ruang kepada isteri supaya dia tidak rasa dirinya diperalatkan sebagai boneka seks, saya pasti dia tidak akan tertekan dan meminta berpisah.

Sebenarnya, nafsu seks boleh dikawal. Sama juga dengan mana-mana nafsu yang dianugerahkan Tuhan seperti nafsu makan.

Apa saja yang dilakukan secara keterlaluan akan mendatangkan masalah. Anda berkahwin hampir 20 tahun dan mempunyai keluarga yang matang.

Disebabkan sikap anda yang rakus, syurga yang dibina bertukar kepada ‘neraka’ bagi isteri. Mana ada isteri sanggup dimadukan sebagaimana isteri anda yang membenarkan anda berkahwin lain bagi membolehkan anda memuaskan nafsu.

Jika anda benar-benar sayangkan keluarga, berusaha mengawal nafsu itu. Jika tidak dapat berbuat begitu, anda perlu berkahwin lagi. Jika tidak mampu, anda terpaksa mengawal nafsu dan tidak mendera isteri untuk melayani kerakusan itu.

Sebenarnya, anda boleh rujuk kepada pakar psikiatri untuk menjalani pemeriksaan sama ada anda ada masalah kesihatan mental seperti penyakit mental Bipolar yang satu sebabnya membuatkan individu normal menjadi gila seks.

Bipolar ada rawatan. Anda bukan muda lagi. Rumah tangga dibina hampir 20 tahun itu akan berkecai jika anda tidak melakukan yang terbaik.

Jangan ikutkan hati dan perasaan. Apa guna berbangga dengan diri yang kelihatan muda kerana yang penting tanggungjawab seorang lelaki kepada keluarga dan isterinya.

Justeru berubahlah dan jangan pentingkan diri kerana nafsu sebenarnya boleh dikawal.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply