30 minit masa diambil untuk menggali ubi kayu gergasi seberat 20 kg

30 minit masa diambil untuk menggali ubi kayu gergasi seberat 20 kg

Ubi kayu 20 Kg

Ubi kayu 20 Kg

 

Balik Pulau: Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mansor Johar, 53, mengambil masa lebih 30 minit untuk menggali ubi kayu gergasi seberat 20.20 kilogram di kebunnya di Bukit Kecil, Sungai Pinang, 3 petang semalam.

Mansor berkata, dia juga terpaksa berhati-hati dan menggunakan parang untuk mengorek tanah bagi mengelakkan daripada terkena ubi kayu gergasi berkenaan.

“Saya tidak sangka ubi kayu ditanam beberapa bulan lalu akan mengeluarkan hasil sebesar ini.

“Saiznya yang besar membuatkan saya terpaksa mengorek tanah hampir satu meter dalam sebelum dapat mengeluarkan ubi berkenaan,” katanya.

Dia bercadang untuk menyimpan ubi kayu gergasi berkenaan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat keunikan tumbuhan itu.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply