Kanak Kanak 4 Tahun Dicekup Buat Seks Oral

Kanak Kanak 4 Tahun Dicekup Buat Seks Oral 

 

Seorang surirumah dari Bukit Rambai, Melaka begitu marah selepas menangkap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun melakukan seks oral ke atas anaknya yang berusia tiga tahun yang juga lelaki.

Memetik laporan The Star Online, wanita itu yang berusia 32 tahun, kini terpaksa mengawasi pergerakan anaknya itu setiap kali sebelum tidur dan memasuki tandas kerana kanak-kanak itu sudah mula pandai memuaskan nafsu sendiri selepas insiden itu.

Kanak Kanak 4 Tahun Dicekup Buat Seks Oral

Kanak Kanak 4 Tahun Dicekup Buat Seks Oral

“Saya terpaksa memukul tangannya setiap kali dia cuba memuaskan dirinya dan ia amat mengecewakan apabila melihat anak yang masih kecil tetapi sudah terdedah dengan perlakuan sebegitu.

“Antara perkara yang kami lakukan ialah menghantarnya ke lebih banyak kelas agama Islam dan memberi panduan kepadanya tentang apa yang betul dan apa yang salah,” katanya.

Wanita itu menangkap perbuatan anak jirannya itu ke atas anaknya di luar rumah mereka pada pukul 5.30 petang pada 7 November lepas.

Menurutnya, kanak-kanak empat tahun itu melucutkan seluar anaknya sebelum melakukan perbuatan seks oral berkenaan.

“Saya terpaksa mengawal pergerakan anak saya selepas beberapa orang jiran memberitahu, kanak-kanak sama turut melakukan perkara itu kepada anak mereka.

“Pada mulanya, saya tidak mempercayai cerita jiran-jiran, tetapi kini saya melihatnya sendiri,” katanya.

Dia berkata, anaknya itu ada mengadu sakit di bahagian kemaluan sejak bulan lepas tetapi tidak mengesyaki apa-apa yang ganjil.

“Hanya apabila saya melihat sendiri perlakuan menjijikkan itu saya sedar ia telah pun berlaku beberapa kali dan betullah apa yang dikatakan oleh jiran saya.

“Saya tidak menyalahkan anak jiran saya, kerana dia masih terlalu muda dan mungkin terikut-ikut selepas melihat benda-benda yang tidak senonoh,” katanya.

Keputusan yang diambil wanita itu untuk bertemu keluarga kanak-kanak empat tahun itu begitu mengejutkan kerana keluarga kanak-kanak itu mempertahankan anaknya.

“Kedua-dua mereka menuduh saya mereka-reka cerita.

“Saya memberitahu mereka, bahawa anak mereka memerlukan bantuan untuk pemulihan.. Mereka mencabar saya melakukan laporan polis,” kata wanita itu.

Surirumah berkenaan sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak.

Menurutnya, seorang doktor dari sebuah klinik swasta mengesahkan ada kecederaan di bahagian kemaluan anaknya ketika dibawa untuk pemeriksaan perubatan.

“Dia masih menghadapi kesukaran untuk buang air kecil dan memerlukan rawatan perubatan,” katanya.

The Star dalam laporannya menyebut, sumber polis memaklumkan siasatan kes berkenaan masih dijalankan dan pihak polis sudah pun bertemu dengan keluarga kedua-dua kanak-kanak terlibat, lapor Mynewshub.

Sumber : Kuala Lumpur Post

Loading...

Leave a Reply