Lee Chong Wei digantung sementara oleh BWF

Lee Chong Wei digantung sementara oleh BWF

BWF gantung sementara

BWF gantung sementara

 

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan penggantungan sementara buat pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei sehingga Panel Pendengarnya selesai bermesyuarat.

Mereka juga buat kali pertama mengesahkan pemain badminton yang terbabit dalam penggunaan bahan terlarang di Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen adalah Chong Wei.

Persekutuan Badminton Dunia BWF juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga Panel Pendengar selesai bersidang dalam masa terdekat namun tidak mengumumkan tarikh mesyuarat itu.

Panel tersebut akan menentukan jika Lee Chong Wei didapati melanggar peraturan anti-doping, kata Persekutuan Badminton Dunia BWF dalam satu kenyataan.

Jika didapati bersalah, Chong Wei bakal digantung sehingga dua tahun selain pingat perak dimenanginya pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos lalu akan ditarik balik.

Sabtu lalu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa Lee Chong Wei sah positif menggunakan bahan terlarang dexamethasone namun mereka tidak mendedahkan nama pemain berkenaam sehinggalah BWF melakukannya terlebih dulu.

Ujian sampel B Chong Wei diuji di Makmal Hospital Universiti Oslo, Norway Rabu lalu.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply