Pelajar Sertai Marathon Hilang: Ahmad Rafikin Azman ditemui meninggal dunia

Pelajar Sertai Marathon Hilang: Ahmad Rafikin Azman ditemui meninggal dunia

 

Pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di sini sejak Sabtu lepas ditemui mati oleh sukarelawan mencari dan menyelamat.

Pelajar Sertai Marathon Hilang: Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia

Pelajar Sertai Marathon Hilang: Ahmad Rafikin Azman ditemui meninggal dunia

    
Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui oleh anggota penyelamat sekitar 3.30 petang di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.
    
Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, Asisten Superitenden Rosli Amir ketika ditemui Bernama hanya memberi kenyataan ringkas berkenaan penemuan mangsa yang hilang sejak tiga hari lepas.
    
“Mangsa selamat dibawa turun kira-kira 6.40 petang tadi dan ditemui oleh pasukan penyelamat di celah batu. Dia dihantar ke Rumah Mayat Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya.

Dalam keadaan hujan lebat, operasi membawa turun mangsa memakan masa hampir tiga jam berikutan cuaca yang buruk dan laluan yang licin.
    
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi khemah operasi mencari dan menyelamat apabila anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak dan ada antara mereka pengsan sejurus mendapat berita sedih itu.
    
Ahmad Rafikin Azman dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira pukul 6 petang Sabtu.
    
Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa beliau tidak  menemui Ahmad Rafikin yang sepatutnya diambilnya kira-kira 3 petang selepas acara itu.
    
Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota pasukan bomba dan penyelamat, polis, Rela, tentera serta penduduk kampung turut disertai anggota keluarga mangsa. – Bernama

Al-Fatihah.

 

 

 

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply