Mat Yo Jadi Bahan Lawak Di Media Sosial

Mat Yo Jadi Bahan Lawak Di Media Sosial

 

Aksi Hambar Dan Gagal Sempurnakan Penalti, Mat Yo Jadi Bahan Lawak Di Media Sosial!!! – Kalau beberapa tahun lepas, penyerang Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali dengan panggilan Mat Yo begitu digeruni oleh pasukan lawan. Oleh itu tidak hairanlah kalau beliau pernah dinobatkan sebagai pemain paling berharga untuk beberapa musim.

Mat Yo Jadi Bahan Lawak Di Media Sosial

Mat Yo Jadi Bahan Lawak Di Media Sosial

Namun ia kini nampak seperti sudah tinggal sejarah. Prestasi Mat Yo nampaknya semakin merosot. Dalam perlawanan akhir (final) Piala Malaysia 2014 antara pasukannya Johor Darul Takzim (JDT) lawan Pahang, aksi Mat Yo memang cukup hambar dan jelas kelihatan beliau sudah keluar dari zaman kegemilangannya…

Dalam perlawanan berkenaan, Mat Yo yang masuk selaku pemain gantian beberapa kali Mat Yo cuba menggelecek pemain lawan namun gagal. Paling menyedihkan apabila gerakan Mat Yo ditepi padang tidak menjadi dan oleh kerana kawalan kurang kemas bola dikakinya keluar dari garisan padang…

Lagi menyedihkan ketika dalam penentuan sepakan penalti dan amat memerlukan jaringan berharga, sepakan Mat Yo telah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pahang. Ekoran kegagalan JDT menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2014, Mat Yo jadi bahan lawak di media sosial…

Bukan nak mengutuk atau menambah derita Mat Yo, ammboi cuma secara peribadi cukup kecewa dengan persembahan beliau. Sehingga kini Mat Yo dan Safee Sali masih penyerang terbaik negara. Malaysia tidak punya banyak pilihan untuk mengemudi bahagian depan. Tetapi prestasi dari dua pemain ini adalah amat membimbangkan…

Enggan menunding jari kepada sesiapa, pada ammboi kemerosotan prestasi Mat Yo mungkin berpunca dari beliau sendiri. Tidak dinafikan beliau perlu bersaing merebut posisi penyerang dengan barisan pemain import yang cukup berkaliber di JDT namun jika beliau mampu membuktikan kemampuannya tidak mustahil beliau akan kerap diturunkan dalam perlawanan…

Kekurangan aksi membuatkan beliau sudah hilang sengat dan bisa selaku penggempur sensasi Liga Malaysia sudah tidak ada lagi dalam nama beliau. Ia sudah tentu amat mengecewakan banyak pihak termasuklah pengendali pasukan negara yang dilihat masih menagih aksi Mat Yo…

Semoga Mat Yo terus berusaha gigih untuk memulihkan kembali prestasinya. Buatlah keputusan terbaik. Berada dibangku simpanan dan tampil sesekali sebagai pemain gantian bukan pilihan terbaik untuk anda bagi musim seterusnya…

Sumber : Mulut Sumbing

 

Loading...

Leave a Reply