Imej Tomboi Penyanyi Bernama Chomel Ini Dipersoalkan

 Imej Tomboi Penyanyi Bernama Chomel Ini Dipersoalkan

 

Penyanyi baharu iaitu Chomel mengaku imejnya tomboi mengundang persoalan dan pertikaian kononnya dia daripada golongan wanita yang menyukai insan sejenis.

Chomel atau nama sebenarnya Noor Zafirah Mohd Faizal, 22, berkata, dia turtu menerima pelbagai kata-kata negatif sejak dikenali ramai menerusi laman YouTube beberapa tahun lalu.

Imej Tomboi Penyanyi Bernama Chomel Ini Dipersoalkan

Imej Tomboi Penyanyi Bernama Chomel Ini Dipersoalkan

 

 

 

 

 

“Sejak dikenali di YouTube, macam-macam orang berkata tentang saya terutamanya pada imej yang ditampilkan.

“Mereka kata saya ‘pengkid’ hanya kerana pakaian saya kelihatan seperti lelaki, sedangkan naluri saya berjiwa kewanitaan yang menyukai lelaki,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah penyanyi kelahiran Woodlands, Singapura ini, kritikan itu tidak pernah membuatkan dia putus asa untuk mengejar cita-cita sebagai seorang penyanyi.

Malah dia juga yakin imej seperti itu bukan satu penghalang selepas melihat jumlah peminat yang semakin meningkat di alam maya terutamanya di laman YouTube apabila lagu Andai Hatiku Bersuaraciptaan rakannya iaitu Rya Rahman, mendapat lebih daripada sejuta tontonan.

“Jujurnya, cakap-cakap orang tidak menjatuhkan semangat saya untuk berjuang dalam bidang seni. Lagipun saya sudah bermain muzik sejak tujuh tahun lalu.

“Melihatkan jumlah tontonan yang diraih dalam setiap video saya di YouTube, saya yakin peminat saya hanya memberi perhatian pada muzik yang dibawakan, bukannya imej,” ujarnya.

Sementara itu, lagu Andai Hatiku Bersuara telah disusun semula oleh salah seorang anggota kumpulan Hyper Act iaitu Toi untuk dijadikan sebagai singgle pertama Chomel yang kini di bawah naungan Music Valley Malaysia.

Lagu tersebut juga sudah ke udara di semua stesen radio tempatan.

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply