PTPTN: “Hutang Yang Dipinjam Harus Dibayar, Bertaubatlah” – Ahmad Maslan

PTPTN: “Hutang Yang Dipinjam Harus Dibayar, Bertaubatlah” –  Ahmad Maslan

 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata sebanyak 552 ribu orang yang meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak membayar langsung pinjaman sejak penubuhan PTPTN.

PTPTN: "Hutang Yang Dipinjam Harus Dibayar, Bertaubatlah" -  Ahmad Maslan

PTPTN: “Hutang Yang Dipinjam Harus Dibayar, Bertaubatlah” – Ahmad Maslan

Ahmad Maslan mendedahkan bahawa, pengerusi PTPTN perlu membuat sesuatu kerana lebih setengah juta orang masih berhutang dengan PTPTN dan tidak membayar hutang mereka lagi.

“Hutang yang telah dipinjam harus dibayar, bertaubatlah,” gesanya dalam dewan parlimen hari ini.

Tambahnya pihak kerajaan perlu membantu agar PTPTN terus dapat beroperasi dan mengutip pinjaman yang belum dibayar.

“Di dalam Islam juga ada menyebut bayar balik hutang yang telah dipinjam.

“Kita berharap pulangan kutipan PTPTN akan ditingkatkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sumber : Free Malaysia Today

Loading...

Leave a Reply