Kongsi Gambar Dengan Madu: Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta – Erma Fatima

 Kongsi Gambar Dengan Madu: Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta – Erma Fatima

 

Ya bukan semua wanita boleh menerima kenyataan yang dirinya dimadukan, Jika ia berlaku terhadap anda, itu adalah ujian yang amat besar. Rumah tangga Erma Fatima dan Bade sebelum ini didakwa umpama retak menanti belah apabila suaminya itu berkahwin lagi, namun ternyata itu semua adalah dakwaan palsu semata-mata. Buktinya Erma telah berkongsi gambar dirinya menyambut Hari Raya Haji bersama madunya itu baru-baru ini.

Kongsi Gambar Dengan Madu: Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta - Erma Fatima

Kongsi Gambar Dengan Madu: Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta – Erma Fatima

Untuk anda yang tidak tahu, madu Erma Fatima ini bernama Aida. Aida telah berkahwin dengan Bade sekitar bulan Mei yang lalu. Apa pun,  terharu membaca kata-kata Erma Fatima mengenai kehidupan bermadu. Sesungguhnya kalau kita mengambil semua perkara daripada sudut yang positif, pasti akan ada hikmahnya. Kata Erma menerusi Berita Harian:-

Tiada sebab untuk saya bermusuh dengan dia (Aida). Hidup di dunia ini pun sementara saja. Saya berkahwin dengan suami sudah 24 tahun. Andai dia pilih untuk kahwin lain, maknanya dia inginkan kebahagiaan. Saya pun nak tengok dia bahagia.

Kalau cara itu (berkahwin lain) yang mampu saya buat untuk membahagiakan dia, saya reda. Poligami ini mungkin juga satu tugasan dari Tuhan untuk ajar saya jadi ikhlas. Dan ternyata saya sedang melalui ujian itu.

Saya tak peduli. Tiada cinta yang kekal pun di dunia ini. Kenapa saya perlu berperang dan bermusuh hanya untuk berebut cinta. Bagi saya, cinta yang agung ialah cinta yang tak kesampaian. Namun kita tetap bertahan meneruskan kehidupan.

Lihat saja contoh, cerita Romeo dan Juliet, Laila Majnun atau Uda dan Dara. Semua cinta yang dipapar hancur di tengah jalan. Tapi itu juga cerita cinta agung yang dibanggakan seluruh pelusuk dunia. Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta.

Kami berdua dalam proses kenal mengenal. Dia cuba menyesuaikan diri dengan keluarga yang baru. Ia bukan perkara mudah dan dia sanggup lakukannya. Itu juga bererti dia benar-benar cintakan suami saya.

Dalam erti kata lain, hidup bermadu ini ujian hebat buat saya dan dia (Aida). Saya sendiri tidak kejar bahagia tapi nak sangat mencari erti sebenar keikhlasan. Saya mahu ikhlas menerima dia sebagai adik demi kebahagiaan mereka.

Sumber : Beautifulnara

Loading...

Leave a Reply