Stacy Bengang Digelar Juri Juara Pekak Di #AF2014

Stacy Bengang Digelar Juri Juara Pekak Di #AF2014

 

Penyanyi Stacy yang dilahirkan daripada program Akademi Fantasia musim keenam telah menempa pelbagai kejayaan setelah menjadi juara beberapa tahun lalu. Murai Batu pun melihat Stacy tampil dengan gaya tersendiri serta genre muzik yang pelbagai telah dicubanya.

Stacy Bengang Digelar Juri Juara Pekak Di #AF2014

Stacy Bengang Digelar Juri Juara Pekak Di #AF2014

Terbaru yang Murai Batu perasan dia telah diangkat oleh produksi dan Akademi Fantasia untuk menjadi juri juara bagi program realiti tersebut yang memasuki musim terbarunya tahun ini. Bukan dia seorang tetapi dia telah ditemani Hafiz mengadili adik-adik baru mereka yang bakal dilahirkan daripada rancangan realiti ini.

Namun pada minggu lalu dilihat teguran dan komen beserta sindiran yang diberikan oleh Ramli M.S sebagai pengkritik tetap telah mengundang ketidakpuasan hati kepada Stacy. Seperti biasa pengkritik tersebut dikenali kerana mulutnya yang lancang itu serta kritikan yang pedas.

Murai Batu perasan apabila dia menggelar juri juara AF 2014 sebagai juri juara yang pekak dan ia telah mengundang Stacy memuatnaik status di laman sosial Twitter. Walaupun ada yang telah dipadamkan oleh penyanyi lagu Jahat itu namun Murai Batu menemukan juga status tersebut.

Entahlah, Murai Batu taka da nak komen apa sangat sebab masing-masing sudah kenal dengan mulut pengarah muzik tersohor itu. begitu juga Stacy pun mesti tahu dengan perangai Dato’ Ramli MS tetapi apakan daya dia juga manusia biasa.

Kalau Murai Batu pun akan terasa juga bila dikatakan pekak dan ia seakan menunjukkan yang kita tidak professional. Nak pula seorang juara dikata begitu, mana hati tak panas, betul tak? Oops!

Sumber : Murai

Loading...

Leave a Reply