PKR dakwa harga minyak naik selepas GST dilaksana

PKR dakwa harga minyak naik selepas GST dilaksana

 

Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 didakwa bakal menyaksikan kenaikan harga petrol dan diesel.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, laporan sebuah akhbar bahasa Cina yang turut dipetik oleh laman kereta pautan.org mengesahkan kerajaan akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

PKR dakwa harga minyak naik selepas GST dilaksana

PKR dakwa harga minyak naik selepas GST dilaksana

“Mengikut laporan itu, pengesahan ini dibuat Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais, Ishak Daud dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

“Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/BN akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Tambah Rafizi lagi, kenaikan harga bahan api ini sekaligus akan menambah beban rakyat yang sedia ada.
 
“Pada kadar GST enam peratus, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen. Jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan.
 
“Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.
 
“Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa Bandar,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi mengesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan perkara ini, agar rakyat tidak terus tertanya-tanya.

“Pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Najib masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia,” katanya.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply