Akibat jahil tentang Melayu – Ridhuan Tee Abdullah

Akibat jahil tentang Melayu – Ridhuan Tee Abdullah

 

NAMPAKNYA isu babi masih tidak kesudahan. Dalam artikel sebelum ini, terang-terang saya sebut, saya tidak pernah halang untuk sebahagian bukan Islam menternak dan memakan babi, malah menjadi hak mereka.

Tetapi biar berpada-pada. Ternak di kawasan mereka, jangan ternak berdekatan kawasan Melayu.

Akibat jahil tentang Melayu - Ridhuan Tee Abdullah

Akibat jahil tentang Melayu – Ridhuan Tee Abdullah



Oleh kerana pemakan babi tidak ramai, yang lebih ramai adalah pemakan lembu dan kambing, tidakkah lebih baik negara ini menjadi lebih banyak kambing dan lembu daripada babi?

Dalam ceramah, selalu saya katakan, babi tidak bersalah kerana ALLAH yang memberikan nyawa dan menjadikan babi. ALLAH tidak jadikan babi dan anjing untuk dihina. Berdosa kita melakukannya. Jangan jadikan babi (anjing) sebagai pemisah hubungan sesama manusia. Babi tidak boleh menjadi penghalang dakwah.

Malah, mengambil kira pandangan mazhab lain, tidak perlu samak, jika terkena babi. Isu ini sudah saya jelaskan.

Tetapi ultra kiasu tetap ultra kiasu. Sampai bila-bila pun ultra kiasu tidak akan setuju dengan Islam. Sebab itu, satu baris pendek artikel saya tentang darul babi, ‘digantung’ dalam media sosial mereka berminggu-minggu.

Terbaharu, saya amat teruja dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris melalui temu bual dengan Presiden Indonesia, Jokowi. Baca yang tersurat dan tersirat atau psikologi berbalik.

Publisiti muka depan dan dalam. Dalam banyak perkara penting yang disebut Jokowi, yang ditonjolkan (highlight) berkali-kali, pandangan Jokowi tentang Indonesia akan kekal sebagai negara sekular dan kehidupannya yang liberal.

Apa tujuannya? Saya amat yakin sasaran interview adalah untuk rakyat Malaysia. Ultra kiasu mahu kita mencontohi kepemimpinan Indonesia. Menjadi sebuah negara sekular. Memisahkan agama dari kehidupan dan politik. Itulah perjuangan mereka selama ini.

Saya tegaskan, Malaysia tidak akan menjadi negara sekular. Negara ini tetap negara Islam, dan akan terus mendaulatkan Islam, meskipun penganutnya kurang dari 60 peratus, berbanding Indonesia, lebih 85 peratus. Islam dan Melayu, berpisah tiada.

Kenapa? Malaysia dan Indonesia, sejarahnya berbeza. Perlembagaannya berbeza. Malah jika dibandingkan dengan negara Islam yang lain, Malaysia jauh lebih baik.

Mana ada dalam dunia ini, perlembagaan negara yang melindungi umatnya, kecuali Malaysia. Mereka yang berada dalam Islam, mesti kekal, tidak boleh murtad.

Mungkin ada yang negatif. Tetapi saya melihat dalam ruang lingkup yang positif, walaupun mungkin dibenci bukan Islam.

Kenapa bila sudah masuk Islam tidak boleh keluar? Jawapannya, Islam bukan agama kedai kopi seperti agama lain, yang boleh keluar masuk. Suka masuk, tak suka keluar.

Islam adalah agama yang ada pendirian dan maruah. Tidak boleh dipermainkan sewenang-wenang, walaupun mungkin ada yang keluar secara diam-diam.

Ingatan saya, pertama, jaga sensitiviti orang Melayu, selaku Peribumi. Walaupun babi (anjing) itu makhluk ALLAH, tetapi orang Melayu tetap sensitif dengan makhluk ini. Kalau boleh tak mahu lihat langsung. Ia sudah menjadi sebahagian cara hidup Melayu. Hormatilah pendirian ini.

Sama juga isu kalimah ALLAH, Melayu dan ALLAH berpisah tiada. Sangat sensitif. Saya tidak tentang orang bukan Islam Semenanjung untuk menggunakannya. Tetapi itulah Melayu. Maka hormatilah pendirian ini.

Kedua, jika tidak faham cara hidup dan sensitiviti Melayu, tanyalah saya. Bukan bongkak atau tunjuk pandai. Tetapi saya amat memahami orang Melayu. Saya tidak pernah mengaku saya Melayu dan saya tidak pernah masuk Melayu. Tetapi kita perlu memahami Melayu, kerana mereka Peribumi dan majoriti. Melayu ada kelemahan, ada kelebihan.

Tetapi saya amat mengagumi toleransi orang Melayu, ketika bangsa (negara) lain menolak bukan Melayu. 

Ketiga, orang Melayu tidak pernah minta hak orang bukan Melayu. Cuma orang Melayu memohonkan jangan habis dan kikis hak mereka. Kita tetap lakukan, tanpa memahami sensitiviti ini. Hari ini, orang Melayu mula bangkit. Kita tuduh Melayu itu rasis. Sebenarnya, Melayu tidak rasis. Melayu menjadi sedemikian apabila berasa terancam.

Kepada ultra kiasu, saya tetap Cina selama-lamanya. Saya tidak pernah masuk Melayu. Tetapi ingat, saya tetap mengutamakan Hari Raya Puasa (Haji), walaupun turut menyambut Tahun Baharu Cina.

Jika tulisan ini mengelirukan, mohon saudara sebangsa saya, Idham Lim perjelaskan kepada orang Cina.


* Untuk artikel penuh layari ridhuantee.blogspot.com

Sumber : Sinar

 

Loading...

Leave a Reply