Lelaki 22 Tahun Dikejarkan Ke Hospital, Cincin Tersangkut Di ‘Situ’ 4 Jam

Lelaki 22 Tahun Dikejarkan Ke Hospital, Cincin Tersangkut Di ‘Situ’ 4 Jam

 

Seorang pemuda berusia 22 tahun terpaksa menanggung azab lebih empat jam apabila cincin besi yang diletakkan pada alat sulitnya gagal ditanggalkan di rumahnya di Dewan Beta di sini, semalam.

Lelaki 22 Tahun Dikejarkan Ke Hospital, Cincin Tersangkut Di 'Situ' 4 Jam

Lelaki 22 Tahun Dikejarkan Ke Hospital, Cincin Tersangkut Di ‘Situ’ 4 Jam

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuam Zainab II (HRPZ) di sini, untuk mengeluarkan cincin berkenaan. 

Hanya dengan bantuan Bomba dan Penyelamat cincin berkenaan berjaya dikeluarkan daripada kemaluan mangsa kira-kira jam 8.15 pagi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada HRPZ II kira-kira jam 7.30 pagi sebelum empat anggota diketuai pegawai Shahrulhizam Ariffin dikerah ke lokasi.

“Anggota tiba kira-kira jam 7.45 pagi dan terus dibawa ke bilik pembedahan bagi membantu sekumpulan doktor mengeluarkan cincin yang terlekat pada alat sulit mangsa.

“Proses mengeluarkan cincin itu mengambil masa antara setengah jam ke sejam dan anggota menggunakan kepakaran yang kami ada untuk memotong cincin itu, katanya.

Sumber : Metro

 

Loading...

Leave a Reply