Erma Fatima: Saya Masih Isteri Bade

Erma Fatima: Saya Masih Isteri Bade

 

Semenjak berita pernikahan kedua suaminya, Bade Hj, Azmi dengan wanita bernama Aida Abdul menjadi perhatian ramai beberapa bulan lalu, nampaknya ada sahaja khabar angin tentang status rumahtangga Erma Fatima yang timbul. Semua orang nampak lebih tahu.

Erma Fatima: Saya Masih Isteri Bade

Erma Fatima: Saya Masih Isteri Bade

Hari ini menerusi laporan Berita Harian, Erma Fatima menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya selepas dikatakan sudah nekad memfailkan perceraiannya di mahkamah baru baru ini.

“Saya masih isteri kepadanya. Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi,“ ujar Erma Fatima ketika disoal tentang isu ini.

Namun, Erma Fatima turut berkata yang beliau menyerahkan hubungan yang ada kini kepada ketentuan Tuhan dan akan cuba untuk bertahan selama mungkin.

“Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya,“ tambahnya lagi.

Sumber : Rotikaya

 

Loading...

Leave a Reply